Monday, November 15, 2010

Malaysia Tewas Bermaruah'_Rajagopal

Tambah kapsyen

PEMAIN negara, Faizal Abu Bakar (kiri) diasak pemain Iran pada aksi pusingan kedua acara bola sepak semalam. Malaysia tewas 1-3.


SKUAD bola sepak kebangsaan terkandas pada pusingan kedua apabila tewas 1-3 kepada Iran di Stadium Yuexiu, Guangzhou petang semalam.
Namun jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal tetap menganggap kempen kali ini berjaya memandangkan skuad kendaliannya itu tidak habis-habis dilanda masalah kece- deraan dan penggantungan pemain.
"Secara keseluruhan, ini suatu kejohanan yang berjaya buat sku- ad kebangsaan.
"Apa yang penting, kita kini mula dihormati oleh semua pasukan kuat di rantau Asia ini.
"Tetapi saya meminta maaf kepada seluruh peminat bola sepak negara kerana gagal memberi yang lebih baik daripada ini.
"Saya berharap semua rakyat Malaysia faham situasi yang kami hadapi," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan semalam.
Malaysia berjaya mengikat Iran tanpa jaringan pada separuh masa pertama hasil kecekapan penjaga gol berusia 21 tahun dari Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Fahmi berjaya menyelamatkan lima percubaan berbahaya Iran menerusi Arash Afshin (10, 20, 31), sepakan Masoud Ebrahimzadeh (23) dan rembatan kencang Ehsan Safi pada minit ke-41.
Namun, gawang Malaysia bocor juga pada minit ke-52 apabila Karim Ansari Fard merembat masuk gol pertama Iran disusuli jaringan kedua hasil tandukan Seyed Hos- seini enam minit kemudian.
Iran terus selesa apabila Amir Sharafi merembat masuk dari luar kotak penalti untuk gol ketiga pada minit ke-66 sebelum Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol sagu hati Malaysia menerusi sepakan penalti minit ke-85.
"Kita telah melepaskan dua gol mudah. Ia menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar.
"Apa pun saya tetap beri kredit dan memuji semangat pemain muda kita yang tidak jemu-jemu memberi cabaran.
"Jika kita dapat turunkan lima pemain utama, saya rasa mungkin Malaysia mampu mencipta sejarah mara ke suku akhir," jelas Rajagobal.
Dua pemain negara, Norhafiz Zamani Misbah dan Ahmad Fakri Saarani mengalami kecederaan serius ketika Malaysia menewaskan Kyrgyzstan 2-1 pada aksi sulung 8 November lalu.
Tiga lagi pemain, Safiq Rahim, S. Kunanlan dan Mahali Jasuli pula digantung satu perlawanan setelah dilayangkan kad merah oleh pengadil kontroversi dari Australia, Ben Williams ketika pasukan negara tewas 0-3 kepada tuan rumah, China, Sabtu lalu.
Kali terakhir Malaysia berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan adalah 32 tahun lalu ketika Sukan Asia 1978 di Bangkok, Thailand.

Saya Mahu Komited Dengan Wolf ".-Dzeko


Dzeko fokus pada Wolfsburg.

Edin Dzeko berkata dia tidak memikirkan untuk berhijrah dari Wolfsburg ketika spekulasi berkenaan masa depannya mula diperkatakan semula.
Pemain kebangsaan Bosnia-Herzegovina itu telah meletakkan dirinya sebagai salah seorang striker produktif di Eropah sejak beberapa musim kebelakangan ini dan dikaitkan dengan beberapa kelab.
Juventus merupakan kelab yang kerap dikaitkan untuk menandatangani pemain berusia 24 tahun itu musim panas lalu, manakala Manchester City juga dikhabarkan berminat dengan Dzeko.
Tiada perpindahan dilaksanakan ketika musim rehat lalu selepas kelab-kelab yang berminat gagal menawarkan harga pelepasan seperti termaktub di dalam kontraknya sebelum jendela perpindahan tamat.
Prestasi Dzeko tidak terjejas akibat khabar angin yang melanda dan dia sudah menjaringkan tujuh gol dalam 11 penampilan Bundesliga untuk skuad Steve Mclaren musim ini.
Ketika khabar terbaru City bercadang untuk membidanya Januari ini, Dzeko menekankan dia tidak menyimpan rasa kecewa terhadap Wolfsburg yang menghalangnya berpindah musim panas lalu.
"Saya bukan jenis yang suka buat orang 'stress'. Selepas kelab putuskan untuk tidak benarkan saya pergi, saya kembali fokus pada Vfl Wolfsburg dan musim baru. Saya hanya mahu jaringkan gol," kata Dzeko. 
"Tak susah memilih untuk kekal, anda juga perlu tunjukkan anda seorang yang mempunyai karakter yang kuat."
"Buat masa ini saya rasa tak fikirkan untuk berhijrah keluar dari kelab ini."

Jones Rasa Diiktiraf Dengan Minat Blues


Jones berminat mengikut jejak Terry.

Pemain muda Blackburn, Phil Jones nyata berpuas hati apabila prestasinya untuk Rovers selama ini telah membuahkan hasil dengan bos Chelsea menyatakan minat terhadapnya.
 
Remaja versatil, yang boleh beraksi di posisi bek tengah atau midfield juga dikatakan mempunyai persamaan dengan kapten Blues, John Terry oleh pakar taktikal Itali tersebut.
 
Pemain berusia 18 tahun itu telah memberi aksi mengagumkan selepas dikesan oleh Sam Allardyce dan berminat untuk terus fokus memberikan yang terbaik di peringkat kelab.
 
"Tentunya saya mahu bermain di peringkat tertinggi."
 
"Terry merupakan idola saya sejak dulu lagi. Saya selalu menyaksikannya. Dia dan Rio Ferdinand merupakan model untuk saya."

Kontrak Baru Untuk Agbonlahor


Agbonlahor tandatangani kontrak empat tahun setengah.

Gabby Agbonlahor telah membayangkan dia gembira untuk kekal di Aston Villa sepanjang kariernya selepas menandatangani kontrak baru empat tahun setengah.
Agbonlahor, produk akademi Villa menyatakan komited bersama kelab Midlands sehingga musim panas 2015.
Striker berusia 24 tahun itu membuat debut seniornya untuk Villa di bawah David O'Leary ketika kempen 2005/06.
Dia merupakan penyerang konsisten untuk tiga musim lalu dan berjaya dipanggil menyertai skuad England untuk beberapa kali.
Agbonlahor berkata, "Saya gembira untuk meneruskan dan menandatangani kontrak baru ini."
"Saya senang dan mahu terus bermain buat Villa. Ini kelab saya sejak kecil saya."
"Saya sayang dan sentiasa menyokong kelab ini, saya mahu terus bermain dan meningkat dari tahun ke tahun."
Agbonlahor menambah, "Jika anda melihat kelab lain dan pemain seperti Steven Gerrard di Liverpool. Anda tidak boleh melihatnya bermain di tempat, begitu juga dengan saya.

Lamps Buat Kem The Blues Resah


Kecederaan menyelubungi Frank Lampard.

Frank Lampard bakal diketepikan selama dua hingga tiga minggu selepas mengalami kecederaan terbaru dalam sesi latihan.
 
Midfieder Chelsea tersebut terseliuh di otot abduktor menjelang akhir sesi latihan hari Khamis, ketika cuba membuktikan yang dia telah pulih sepenuhnya daripada masalah hernia yang mengganggunya setakat musim ini.
 
Selepas tiada selama dua bulan, Lampard berharap untuk membuat kemunculan skuad utama di tempat sendiri bagi perlawanan dengan Tottenham pada hari Ahad.
 
Namun, kini dia tidak mungkin akan muncul dan beraksi sebelum akhir bulan ini.
 
Untuk pertemuan hari Ahad, Chelsea juga akan turun tanpa bek Brazil, Alex yang mengalami kecederaan lutut.
 
Walau bagaimanapun, striker Nicolas Anelka akan kembali selepas pulih dari kecederaan belakang yang membuatkan dia tidak dapat bermain dalam perlawanan baru-baru ini ketika Chelsea menang ke atas Fulham.

Cahill Tidak Mahu Terburu-terburu


Cahill akan kekal.

Gary Cahill menegaskan dia tidak terburu-buru untuk tinggalkan Bolton, walaupun pengerusi, Phil Gartside mengakui dia mungkin dijual pada bulan Januari.
 
Pemain baru England itu memiliki klausa kontrak yang menyatakan dia boleh meninggalkan Reebok jika tawaran £15 juta diterima.
 
Tottenham, Arsenal dan Manchester United kesemua mereka sedang memerhatikannya. Kini, Wanderers boleh menjana wang selepas mengumumkan minggu ini bahawa mereka sedang mengalami krisis dengan rekod £93 juta hutang kelab.
 
Namun, menjelang pertemuan dengan Wolves, Cahill 24 tahun berkata, "Saya tidak dapati ada kesukaran dalam spekulasi ini. Saya masih dalam kontrak dengan Bolton, menikmati bola sepak dan masa saya di sini."
 
"Semuanya di dalam kepala tetapi di luar kawalan saya, saya mahu fokus dengan tugas di Bolton."
 
Bos, Owen Coyle menyatakan dia tidak akan membiarkan krisis kewangan mengganggu permulaan berkesan mereka bagi kempen ini.
 
Coyle berkata, "Saya tidak terkejut. Tiada perbincangan yang telah meyakinkan saya bahawa kami harus menjual pemain. Saya mempunyai kata putus apabila pemain datang dan ketika mereka pergi."

Bos Schalke Terdesak Kekalkan Neuer


Neuer adalah penjaga gol yang hebat.

Jurulatih Schalke, Felix Magath yakin dia boleh memujuk penjaga gol yang sangat dikehendaki, Manuel Neuer untuk terus tinggal dengan kelab.
 
Neuer dikaitkan dengan juara Bundesliga Bayern Munich, sementara itu dia juga dilaporkan tersenarai dalam Manchester United yang berpotensi sebagai pengganti Edwin van der Sar.
 
Spekulasi terbaru telah mendakwa Liverpool berminat dengan pemain antarabangsa Jerman itu kerana mereka ragu-ragu dengan masa depan Jose Reina di Anfield.
 
Permulaan yang mengecewakan musim ini melihatkan Schalke duduk di kedudukan tiga terbawah. Ini menyebabkan kelab bercadang untuk berjuang mempertahankan Neuer sehingga musim panas yang akan datang.
 
Namun, walaupun kontrak Neuer hanya sehingga tahun 2012, Magath tidak nampak punca kenapa dia tidak boleh menyimpan penjaga gol itu di dalam pasukannya.
 
"Tidak ada keraguan. Saya yakin untuk menjaga Manuel Neuer dan pemain-pemain hebat yang lain bersama kelab, walaupun kelihatan sukar jika kami tidak bermain dalam salah satu dari perlawanan peringkat Eropah musim depan," kata Magath kepada BILD.
 
"Kami telah menetapkan keperluan untuk berakhir sebagai juara Bundesliga dalam beberapa musim berikutnya."
 
"Semua orang tahu bahawa penjaga gol yang hebat seperti Gianluigi Buffon pernah tinggal di Juventus, walaupun Juventus pernah menduduki liga kedua untuk satu musim."
 
"Saya mempunyai kewajipan untuk menunjukkan Manuel Neuer bahawa dia mempunyai masa depan yang baik di kelab ini."
 
"Jika melihat kedudukan dalam Bundesliga saat ini, Manuel Neuer tidak akan bermain di Liga Juara-juara untuk Bayern Munich pada musim depan."

Grant Bida Ipsa


Grant dilaporkan dikaitkan dengan Ipsa.

Bek kanan FC Midtjylland, Kristijan Ipsa mendakwa dia berminat untuk menyertai pasukan Liga Perdana Inggeris, West Ham.
 
Pemain berusia 24 tahun itu menerima pujian melangit ketika persembahannya bersama kelab Denmark itu beberapa tahun yang lalu dan mendakwa Hammers akan terus membuat satu tawaran.
 
Bagaimanapun, pemain Croatia itu menerima hakikat bahawa dia tidak akan memperolehi permit kerja buat masa ini kerana dia tidak pernah bermain peringkat pasukan senior kebangsaan negaranya.
 
Ipsa bersedia untuk memegang status kewarganegaraan yang baru bersama Slovenia, yang mana Croatia tidak seperti ahli kesatuan Eropah.
 
Langkah ini akan memberi lebih banyak peluang Ipsa menyertai pasukan di bawah kendalian Avram Grant, sementara itu dia juga berminat bermain untuk Slovenia.
 
"Oleh kerana saya tak pernah bermain untuk pasukan senior Croatia dan saya bukan warganegara Eropah, perpindahan saya ke West Ham United tidak boleh diteruskan," kata bekas pemain Energie Cottbus itu kepada Nogomania.
 
"Itu sebabnya saya berfikir untuk menjadi warganegara Slovenia. Slovenia adalah rumah kedua saya, nenek saya berasal dari Slovenia dan saya kerap melawat negara ini."
 
"Beberapa tahun yang lalu saya tak dapat passport baru tapi sekarang saya akan berusaha untuk mencapai matlamat dan semua akan berjalan dengan lancar."
 
"Adakah saya akan bermain untuk Slovenia? Mengapa tidak. Saya tak pernah dipanggil oleh pasukan senior kebangsaan Croatia walaupun saya pernah menjadi kapten pasukan bawah 21 tahun negara itu."
 
"Tapi lebih baik kurang berbincang mengenai ini. Jika saya dapat kewarganegaraan Slovenia, saya mula berfikir bermain untuk Slovenia tapi pintu untuk menyertai pasukan kebangsaan Croatia akan tertutup bagi saya."

Houllier Mahu Kazim Kazim


Houllier mahu menandatangani midfielder Kazim-Richards.

Pengurus Aston Villa, Gerard Houllier bercadang untuk menandatangani midfielder, Fenerbahce Colin Kazim-Richards.
 
Pemain antarabangsa Turki itu juga dikenali sebagai Kazim Kazim, dikatakan mahu pulang semula ke England selepas tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama kelab gergasi Turki itu.
 
Kazim bakal tamat kontrak musim panas ini dan Aston Villa boleh menandatanganinya secara percuma Julai ini.
 
Namun Villa dikhabarkan mahu mendapatkan khidmat bekas bintang Sheffield United itu Januari ini pada harga murah £2 juta.