Wednesday, November 24, 2010

Tidak Akan Dijual


Schweinsteiger ialah pemain penting untuk Bayern.

Karl-Heinz Rummenigge membantah cadangan dari Louis van Gaal yang Bayern Munich harus mempertimbangkan cadangan untuk menjual Bastian Schweinsteiger musim panas yang akan datang.
 
Kontrak Schweinsteiger selaku pemain antarabangsa Jerman itu berakhir pada musim panas 2012 dan van Gaal bimbang kelab akan kehilangan satu bayaran yuran perpindahan yang besar jika pemain itu memilih untuk menyelesaikan kontraknya dan berpindah secara percuma mengikut undang-undang Bosman.
 
Namun, Rummenigge selaku ketua eksekutif berkeras bahawa juara Bundesliga itu tidak akan menjual pemain yang berusia 26 tahun itu dan tetap yakin Schweinsteiger akan menyetujui kontrak baru.
 
Dia berkata: "Saya benar-benar ingin melanjutkan kontrak Bastian dan itulah yang sedang kami lakukan.
 
"Dia adalah salah satu pemain kami yang paling penting. Namun, jika pemanjangan kontrak tidak berlaku, maka dia pasti akan tinggal di Bayern hingga 30 Jun 2012. Dia tidak akan meninggalkan kelab sebelum tarikh tersebut."
 
Rummenigge juga menyatakan bahawa keputusan bukan berada di tangan Van Gaal.
 
"Dia tidak boleh membuat keputusan," tambah Rummenigge.
 
"Dalam hal ini, saya yang akan memberi kata putus."

Benzema Masih Dalam Hati Mourinho


Mourinho menaruh harapan yang tinggi terhadap Benzema.

Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho telah bersumpah untuk terus memberi galakan kepada Karim Benzema supaya dia berusaha dengan lebih keras dalam mendapatkan yang terbaik dari dirinya.
 
Mourinho berkata, "Karim harus faham bahawa dia tidak bermain sendirian, dan dia harus lebih bermain secara berpasukan dan bekerja lebih keras, terutama dalam latihan."
 
"Dia melakukannya dan saya senang melihat bagaimana sikapnya telah berubah."
 
"Saya banyak berharap dari dia, saya ingin dia menjadi sebaik ataupun lebih baik dari pemain yang pertama kali saya lihat di Lyon. Saya tahu bahawa dia berbakat besar dan sebab itulah saya memberi galakan kepadanya.

Coloccini Mintak Maaf


Coloccini dipersalahkan kerana menjatuhkan Elmander.

Bek Newcastle, Fabricio Coloccini menegaskan dia tidak menyiku pemain Bolton, John Elmander, tetapi mengakui dia layak dilayangkan kad merah.
 
Pemain antarabangsa Argentina itu dibuang padang selepas lengannya terhentak warga Sweden tersebut semasa kekalahan Liga Perdana 5-1 pada hari Sabtu di Stadium Reebok.
 
Namun, dia berkeras menyatakan dia tidak sengaja menyiku bintang Bolton tersebut.
 
Coloccini, 28 tahun berkata, "Saya meminta maaf kepada rakan-rakan sepasukan. Itu normal. Namun, kini saya harus pandang ke depan."
 
"Saya menerima kad merah. Saya tidak menyikunya tapi hanya terkena lengan saya."
 
"Saya amat kecewa tapi saya tak boleh berbuat apa-apa sekarang. Lain kali, saya tahu saya tidak boleh melakukannya."
 
Coloccini akan terlepas pertemuan hari Ahad dengan Chelsea di St James Park selain aksi di West Brom serta ketika melayan Liverpool di tempat sendiri kelak

Syed Adney Tinggalkan Bandar Kota Bharu

KOTA BHARU – Bekas penjaga gol kebangsaan, Syed Adney Syed Hussein merupakan pemain terbaru yang disebut-sebut memilih meninggalkan skuad The Red Warriors untuk bersama pasukan baru untuk saingan Liga Malaysia musim depan.
Difahamkan, Syed Adney, pemain yang dilahirkan di Liverpool, England memilih haluan berbeza dan bakal mengikat kontrak selama dua tahun untuk beraksi bersama pasukan Sabah dalam kancah Liga Super musim depan.
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan, Rosmadi Ismail berkata, pemain berasal dari Selangor itu sendiri memohon pelepasan daripada Pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi membolehkan beliau beraksi dengan pasukan lain musim depan.
“Syed Adney (Syed Hussein) ada memohon kepada Kafa untuk diberi pelepasan beraksi bersama pasukan lain. Kafa sebelum itu telah menawarkan kontrak kepada beliau untuk terus bermain dengan Kelantan musim depan namun beliau telah membuat permohonan kepada kita untuk bermain dengan pasukan lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
“Mengikut peraturan sedia ada, kita telah mengeluarkan surat tawaran kepada semua pemain tiga bulan lalu. Sekiranya pemain tidak menjawab surat tersebut dalam masa ditetapkan, maka secara automatiknya mereka ditakrifkan setuju kekal bermain bersama Kelantan.
“Sekiranya pemain tidak berminat untuk menyambung kontrak bersama Kelantan, mereka harus menjawab surat tersebut. Perkara telah difahami oleh semua pemain sebelum ini. Namun dalam kes beliau, ianya berbeza sedikit kerana kita mendapat permohonan daripada Persatuan Bola Sepak Sabah (Sabah FA). Kita dalam proses untuk menjawab permohonan mereka,” katanya
Menurut Rosmadi, segala keputusan berkaitan perkara ini hanya akan diputuskan sekembalinya Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa dari luar negara pada pertengahan bulan depan.
“Kita masih belum membuat keputusan secara rasmi berkenaan permohonan pemain tersebut. Kita akan mempertimbangkan permohonan daripada Sabah FA dengan bersyarat mengikut peraturan-peraturan sedia ada.
Sementara itu, Syed Adney ketika dihubungi tidak menafikan beliau akan mewakili pasukan  Sabah untuk saingan musim depan sekiranya rundingan kedua-dua belah pihak berjalan lancar.
“Saya fikir ianya sesuai (mewakili Sabah) untuk saya meneruskan kerjaya sebagai pemain bola sepak. Mungkin disini ianya memberi peluang kepada saya untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
“Walaubagaimanapun, saya perlu menghormati keputusan yang akan dibincangkan oleh kedua-dua belah pihak berkenaan selepas ini. Saya perlu mengikut prosedur yang ditetapkan dan apabila sudah mendapat pengesahan, barulah saya akan buat pengumuman secara rasmi,” katanya.


Houllier Mahu Kuda Tua Lagi Selepas Pires

Sasaran HoullierÅ Juninho.


Juninho Pernambucano merupakan seorang lagi pemain veteran yang menjadi sasaran Gerard Houllier.
 
Bos Villa itu sedang memantau midfielder Brazil berusia 35 tahun yang pernah mengetuai Lyon menjulang tujuh kejuaraan berturut-turut di Perancis di mana dua darinya di bawah kendalian Houllier.
 
Pakar sepakan percuma itu berhijrah ke Qatar untuk bermain dengan Al Gharafa pada 2009 namun bersedia membincangkan perjanjian pinjaman Januari ini.
 
Laporan di Perancis menyebut pemain dari Amerika Selatan itu yang pernah menjaringkan 100 gol dalam 344 penampilan buat Lyon, mahukan satu lagi cabaran dan melihat peluang untuk kembali bermain di bawah bekas bosnya sebagai ideal.
 
Houllier menandatangani Robert Pires, 37, minggu lalu untuk menguatkan skuadnya yang dilanda kecederaan.