Thursday, November 25, 2010

Kelantan Mula Kembali


HAIRUDDIN


PEMAIN bola sepak Kelantan akan mula melapor- kan diri esok bagi memulakan sesi latihan sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan berkata, sesi latihan pula hanya akan bermula keeso- kan harinya selepas kesemua pemain skuad The Red War- riors termasuk tiga muka baru melaporkan diri.
Tiga pemain baru yang akan memperkuatkan cabaran The Red Warriors ialah Nurul Azuan Roya dari Johor FC, K. Soley (Perlis) dan Mohamad Abdul Aziz Ismail.
"Pemain yang ada sudah mencukupi, setakat ini hanya tiga pemain itu sahaja yang dibawa masuk.
"Kemasukan tiga pemain itu dilihat akan memantapkan serta memperkukuhkan lagi barisan pemain yang sedia ada dalam pasukan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Dalam pada itu, Sathianathan memberitahu, beliau tetap akan memberikan peluang kepada pemain-pemain pelapis untuk membarisi skuad utama Kelantan.
"Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, saya lihat ada tiga pemain muda yang boleh diketengah- kan untuk musim depan," katanya.
Musim depan, Kelantan bakal tampil tanpa keli- bat dua peledak berpengalaman iaitu Hairuddin Omar yang berhijrah ke Negeri Sembilan dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli pula menyarung jersi Perak

Cruz Sah Kembali Ke Ewood Park


Cruz sedia berpindah.

Blackburn menyediakan £4 juta pada Januari ini dengan tujuan membawa pulang Roque Santa Cruz ke Ewood Park.
 
Penyerang Paraguay itu menempuhi tempoh yang menjerihkan di Manchester City sejak membuat perpindahan £17 jutanya pada 2009.
 
Dan dengan keluarganya telah selesa mendiami daerah tersebut, beliau memberitahu rakannya yang beliau akan mengalu-alukan kepulangan ke kelab East Lancashire tersebut.
 
Pengurus Rovers, Sam Allardyce telah menjadikan penyerang berpengalaman sebagai keutamaan beliau selepas kini memiliki dana tunai berikutan pengambilalihan kelab oleh syarikat ternakan ayam, Venky's. Beliau sedar City tidak tergesa-gesa menjual tapi mungkin bersedia mendengar tawaran kerana Santa Cruz terpinggir dari pemilihan pasukan Roberto Mancini.
 
Mereka akan mencari sekitar £4 juta untuk bekas pemain Bayern Munich tersebut.
 
Tapi Rovers mungkin boleh memenuhi harga terseut selepas pengerusi wanita Venky's, Anuradha Desai menjanjikan Allardyce satu dana pembelian pemain pada Januari.
 
Beliau memberitahu: "Pemain baru akan tiba. Wang akan disediakan. Kami kini bukan kelab yang menjual pemainnya."

EPL mengujakan



Phil Neville puji perubahan Liga Perdana Inggeris.

Phil Neville menganggap Liga Perdana Inggeris bertukar menjadi sangat mengujakan musim ini.

Pemain pertahanan Everton itu kini beraksi di musim ke 16 beliau di divisyen teratas dan tidak dapat mengingati musim yang begitu mendebarkan seperti musim ini.

The Toffees meraih mata lewat di Sunderland pada Isnin lepas dan Neville, 33, memberitahu: "Nampak seperti sesiapa pun boleh kalahkan mana-mana pasukan, dari  Blackpool hinggalah ke Chelseas dan Manchester United.

"Ia begitu mendebarkan musim ini. Ia mengujakan."

Berba Akan Pergi

Berbatov kekal di Old Trafford.

Agen Dimitar Berbatov menekankan pemain Bulgaria itu tidak berniat untuk meninggalkan Manchester United walaupun kedengaran laporan Juventus berminat mendapatkan khidmatnya.
 
Pemain berusia 30 tahun itu kerap dikaitkan untuk berpindah keluar dari Old Trafford walhal dia sedang menikmati permulaan musim terbaiknya sejak menyertai United.
 
Perpindahan semula ke Jerman telah dicanangkan untuk bekas pemain Bayer Leverkusen itu sementara gergasi Itali Juve juga turut dikaitkan.
 
Namun begitu, Sir Alex Ferguson tidak melatah selain dari meluahkan rasa puas hati dengan Berbatov dan agennya menekankan cakap-cakap tentang perpindahan adalah tidak benar.
 
"Tiada apa nak dikatakan. Dia akan kekal di Manchester," kata agen Emil Dantchev.
 
"Semua laporan tentang perpindahan tiada asas. Itu semua salah. Dia gembira dan kelabnya juga gembira."

Adebayor ke Juve


City bersetuju untuk membiarkan Adebayor menyertai Juventus secara pinjaman.

Menurut pemain antarabangsa Togo itu, Manchester City telah bersetuju untuk membiarkan penyerangnya, Emmanuel Adebayor menyertai Juventus secara pinjaman pada bulan Januari.
 
Adebayor, 26, masih belum menjadi sebahagian daripada pengurusan Roberto Mancini musim ini. Dia hanya ditempatkan di bangku simpanan semenjak Mancini mengambil alih City.
 
Bekas pemain Arsenal itu hanya bermain dalam enam perlawanan setakat ini dalam kempen Liga Perdana Inggeris.
 
"Saya tak tahu apa salah saya dengan Roberto Mancini, tapi dia tak pernah menurunkan saya. Saya akan berpindah semasa tempoh tetingkap pertukaran pada bulan Januari nanti," katanya. 
 
"City telah mencapai kata sepakat dengan Juventus untuk meminjamkan saya. Oleh itu, saya berharap supaya dapat pergi pada bulan Disember."
 
Adebayor hanya menyertai revolusi City 18 bulan yang lalu, ketika bekas pengurus, Mark Hughes mendapatkannya dari The Gunners. Namun, setelah Hughes diberhentikan pertengahan musim lalu dan digantikan oleh Mancini, penyerang itu tampaknya semakin kurang mendapat tempat di Eastlands.
 
Ini bukan kali pertama dia dikaitkan dengan perpindahan ke raksasa Turin. Sebelum ini Adebayor dikaitkan menyertai Juve pada bulan Ogos dan pada masa yang sama City berusaha untuk mendapatkan pemain Internazionale, Mario Balotelli.
 
Adebayor kini kecewa kerana kurang mendapat tempat dalam skuad utama Mancini.
 
"Sebelum ini, saya tak akan menerima tawaran daripada pasukan-pasukan lain. Saya hanya mahu mengenakan jersi City dan mempunyai musim baik seperti yang saya lakukan tahun lalu," katanya.
 
"Tapi saya sedar bahawa tidak ada banyak kesempatan bagi saya untuk bermain. Saya mempertimbangkan banyak tawaran yang saya terima. Juventus adalah kelab besar dan saya sangat ingin bermain dengan mereka."