Friday, December 3, 2010

KAFA Pembohong! -Akmal Rizal


AKMAL berharap KAFA mengagihkan bonus secara adil kepada semua pemain yang membawa Kelantan menjuarai Piala Malaysia.


BEKAS penyerang Kelantan, Akmal Rizal Rakhli membidas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang didakwa tidak berpegang kepada janji dalam isu pembahagian bonus kemenangan Piala Malaysia musim lalu.
Akmal mendakwa, dia bersama lima lagi pemain tidak diberikan bonus kerana mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan Kelantan sebaik sahaja Liga Malaysia musim 2010 berakhir.
"Saya bersama Hairuddin Omar, Indra Putra Mahayuddin, Azizi Mat Rose dan Nor Farhan Mohamad tidak mendapat bonus seperti yang dijanjikan, sedangkan kami berada dalam skuad utama pada musim lalu.
"Dalam masa yang sama, saya dapat tahu pemain yang kekal telah diberikan bonus kemenangan itu mengikut kadar tertentu," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, dia berharap Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dapat menyelesaikan masalah pembahagian bonus itu apabila pulang dari luar negara.
Sepanjang musim lepas, pasukan Kelantan dilihat sebagai skuad yang mantap dan sempurna tanpa sebarang masalah.
Bagaimanapun, sebaik sahaja menjulang Piala Malaysia, beberapa tonggak utama dikatakan akan mengangkat kaki berhijrah ke pasukan lain.
Akmal Rizal dan Hairuddin sah akan beraksi dengan Perak serta Negeri Sembilan.
Bagaimanapun kedudukan kapten pasukan, Indra Putra, Azizi dan Nor Farhan Mohamad masih belum diketahui biarpun ada desas-desus mengatakan mereka akan berhijrah ke T-Team.
Pada Selasa lalu, Kosmo! melaporkan, Annuar melahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pemain yang disifatkannya sebagai lupa diri selepas berjaya mencipta nama dengan The Red Warriors.
Annuar meluahkan kekecewaan itu melalui laman sosial Facebook peribadinya dan menyifatkan beberapa pemain Kelantan sebagai 'pemain yang hari ini mula ada nama telah lupa bahawa dulu mereka nobody (tidak terkenal)'.
Akmal Rizal yang juga bekas penyerang kebangsaan berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana memberikan bonus sebanyak RM200,000 dan berharap KAFA mengagihkannya secara adil kepada semua pemain.
"Saya percaya KAFA akan mengagihkan wang ini kepada semua pemain termasuk kami yang telah berhijrah ke pasukan lain," katanya

"Robson" dan "Rajagopal" Ada Strategi


NORSHAHRUL (kiri) bakal menjadi sandaran Rajagobal untuk mengemudi jentera serangan skuad negara pada aksi menentang Thailand petang ini.



PERTEMBUNGAN Malaysia dan Thailand di Gelora Bung Karno, Jakarta petang ini bakal menyaksikan percaturan jurula- tih mana yang lebih hebat, K. Rajagobal atau Bryan Robson.
Kemenangan menjadi buruan kedua- dua pasukan pada aksi kedua Kumpulan A saingan Piala AFF Suzuki 2010 itu setelah Malaysia tewas 1-5 kepada Indonesia manakala Thailand diikat Laos 2-2 pada aksi sulung Rabu lalu.
Rajagobal, 54, merupakan bekas penyerang kebangsaan yang begitu meminati kelab Manchester United manakala Robson yang setahun lebih muda da- ripadanya pula merupakan bekas pemain tengah United.
Robson dikatakan bakal membuat tujuh rombakan dalam kesebelasan utamanya sambil menyatakan beliau sudah dapat mengesan kelemahan Malaysia ketika menyaksikan skuad negara dibelasah Indonesia, Rabu lalu.
Namun, Rajagobal tidak berdiam diri, sebaliknya bakal membuat rombakan kecil melibatkan dua atau tiga pemain di posisi pertahanan dan tengah sambil turut mengetahui kelemahan Thailand.
“Selepas latihan terakhir petang tadi (semalam), saya serba sedikit sudah memiliki bayangan kesebelasan yang akan diturunkan bertemu Thailand.
“Kita tak boleh tukar sampai tujuh pemain seperti Thailand kerana ini saja pemain yang kita ada setelah ramai tonggak utama tidak dibawa kerana cedera.
“Dia (Robson) boleh kata dia ada strategi untuk memanfaatkan kelemahan kita. Tetapi kita juga ada strategi terhadap kelemahan mereka,” kata Rajagobal kepada Kosmo! malam tadi.
Satu lagi faktor yang mungkin membangkitkan keyakinan para peminat bola sepak tanah air, Rajagobal mengesahkan Malaysia bakal turun dengan jersi berwarna biru yang sentiasa membawa tuah buat skuad negara.
Ditanya adakah dia akan mengekalkan Sharbinee Allawee Ramli di gawang atau menurun- kan Khairul Fahmi Che Mat petang ini, Rajagobal berkata:
“Saya akan tengok dulu sama ada perlu atau tidak membuat rombakan. Bukan semuanya salah Sharbinee ketika kita tewas kepada Indonesia, Rabu lalu.”
Pertemuan dengan Thailand i turut dianggap misi hidup mati kerana jika tewas, Malaysia terkeluar daripada persaingan ke separuh akhir biarpun akan bertemu Laos pada aksi terakhir Selasa ini di Palembang

Donovan Selangkah Ke Everton

Donovan boleh buat kemunculan semula di Everton.


Landon Donovan akan disambut kembali ke Everton, tetapi mengakui yang dia haruslah bersedia dan betul-betul cergas.
 
Pemain antarabangsa Amerika Syarikat itu cemerlang dalam musim pinjamannya bersama The Toffees musim lalu, tiba pada Januari setelah kempen MLS berakhir.
 
Penyerang Los Angeles Galaxy itu dikaitkan dengan perjanjian yang sama untuk musim ini, yang mana dia dijangkakan berpindah ke suatu lokasi di Eropah.
 
Donovan mengakui bahawa dia akan gembira untuk tempoh kedua di Goodison Park, selepas benar-benar menikmati waktunya semasa berada di England buat kali pertama.
 
Namun, pemain berusia 28 tahun itu mengakui bahawa dia harus melihat keadaan fizikalnya dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
 
Selepas membintangi negaranya di Piala Dunia dan membantu Galaxy ke play-off MLS, dia menerima bahawa mungkin sudah tiba masanya untuk dia berehat.
 
"Saya mahu kembali ke sana, tapi semuanya bergantung kepada fizikal saya."
 
"Saya masih 50-50 ketika ini.

Mario BAlotelli Dalam Pemerhatian Milan


Balotelli ... dalam radar.

Ketua AC Milan Adriano Galliani mengakui kelab Itali beliau mahukan Mario Balotelli.
 
Balotelli, 20, berkelana ke Manchester City pada musim panas lepas dengan harga £23 juta dari Inter Milan.
 
Galliani dirakam gambar sedang makan malam bersama Balotelli - yang menyokong Milan sejak dari kecil - bulan lepas apabila penyerang tersebut terbang pulang ke Itali untuk pertemuan setempat Milan.
 
Ketika itu mereka menafikan andaian kemungkinan perpindahan. Namun kini Galliani memberitahud: "Saya tak fikir City akan menjual kerana Mario ada kontrak lima tahun - tapi jika mereka mahu, kami akan bersedia."
 
Penyerang AC Milan dan bekas bintang Inter, Zlatan Ibrahimovic menambah: "Bagus sekali jika kami dapat kembali bermain bersama."

Andy Carroll terima penghormatan dari Didier Drogba.

Didier Drogba memuji Andy Carroll sebagai pemain yang memiliki tandukan yang baik.
 
Bintang Chelsea itu dikenali sebagai penanduk terbaik di Liga Perdana Inggeris.
 
Namun selepas menyaksikan aksi penyerang Newcastle, Carroll, Drogba memberitahu: "Saya sangat tertarik dengannya. Orang berkata yang saya bagus dengan bola tinggi tapi beliau juga bagus!
 
"Apa yang beliau lakukan dan apa yang saya suka lakukan, ialah menyerang bola. Anda perlu melakukannya untuk menetapkan arah yang anda mahu, sama ada anda mahu menguisnya untuk rakan sepasukan atau untuk menjaringkan gol."
 
Drogba, 33, yang mahu mengemudi pasukannya ke landasan kemenangan apabila bertemu Everton di laman sendiri hari Sabtu ini selepas terpaksa seri dengan pasukan Carroll, Newcastle, menegaskan beliau maju seiring dengan usia.
 
Penyerang Ivory Coast ini memberitahu: "Saya fikir saya semakin bagus seiring usia. 
 
"Saya bermula amat lewat di tahap tertinggi ketika saya berusia 25 tahun apabila saya bermain satu musim untuk Marseille dan kemudian datang ke sini. Saya rasa saya membuat kemajuan pada setiap musim."