Monday, December 13, 2010

Real Madrid Sasarkan ASAMOAH GYAN


Pemain hangat: Gyan menarik minat Real Madrid.

Striker Sunderland, Asamoah Gyan muncul sebagai sasaran mengejut untuk Real Madrid.
 
Striker Ghana yang dibeli dengan yuran £13 juta dari Rennes musim panas lalu itu telah menjadi pujaan di Stadium of Light selepas beberapa aksi cemerlang termasuk menjaringkan gol ketika menang 3-0 ke atas Chelsea.
 
Real mahukan seorang striker baru dan menyenaraikan Hugo Almeida dari Werder Bremen, diikuti oleh Emmanuel Adebayor dan Edin Dzeko, namun sumber di Bernabeu mengatakan Gyan turut dipertimbangkan

Man United Kempunan Dapatkan Schweinsteiger

Termeterai dengan ciuman: Schweinsteiger mencium jersinya selepas mengumumkan dia memperbaharui kontrak.


Manchester United dilihat tewas pemburuan untuk mendapatkan khidmat Bastian Schweinsteiger setelah midfielder Jerman itu bersetuju dengan kontrak baru lima tahun dengan Bayern Munich.
 
Dilaporkan Sabtu lalu pegawai United berada di Munich untuk berbincang dengan wakil pemain itu bagi membelinya dengan harga 18 juta musim panas ini.
 
Bagaimanapun, Bayern dilihat bertindak pantas memeterai perjanjian dengan Schweinsteiger dan mengumumkannya selepas kemenangan ke atas St Pauli dalam Bundesliga Sabtu lalu.
 
Eksekutif Old Trafford terbang ke Munich Khamis lalu dan masih berbincang pada Jumaat ketika mereka mahu membuat perjanjian dengan pemain yang dianggap sebagai calon ideal menggantikan Paul Scholes di barisan tengah United.
 
Dengan kontrak Schweinsteiger bakal tamat pada Jun 2012, United berharap untuk mendapatkan tandatangan pemain berusia 26 tahun itu dengan kontrak lima tahun bernilai £140,000 seminggu bermula musim panas akan datang dengan harga hanya £18 juta.
 
Namun Schweinsteiger mengumumkan melalui mikrofon di Allianz Arena selepas menewaskan St Pauli yang dia setia bersama Bayern sehingga 2016.
 
"Saya sudah lanjutkan kontrak saya dengan FC Bayern sehingga 2016," kata Schweinsteiger. "Hidup Bayern!"
 
Real Madrid dan Chelsea juga turut dikaitkan dengan pemain itu, yang menyerlah ketika Piala Dunia musim panas lalu.

Mutu Tidak Mahu Sambung Kontrak

Pemain Romania ini gembira dengan hanya bermain tiga tahun lagi.

Penyerang, Adrian Mutu telah mendedahkan bahawa dia menolak untuk menandatangani kontrak baru selama lima tahun bersama Fiorentina kerana dia tidak mahu bermain dalam jangka masa yang panjang.
Pemain Romania berusia 31 tahun itu berkata, "Kelab menawarkan saya kontrak baru selama lima tahun tetapi saya hanya mahu bermain bola sepak lagi tiga tahun saja."
Bekas pemain Chelsea itu mendakwa dia mahu bersara bersama kelab Itali tersebut walaupun dia dikatakan akan keluar dari kelab ketika dia menerima pengharaman penggunaan dadah pada penghujung bulan lepas.
"Saya mahu bersara di sini. Saya berharap sangat perkara ini akan berlaku. Membuat sebarang ramalan tidak akan membuahkan hasil".
Beberapa orang menyarankan Mutu untuk bersara lebih awal setelah menerima hukuman tidak boleh bermain untuk tempoh yang lama walaupun dia menafikan itu bukan idea yang dia hendak lakukan.
"Larangan sembilan bulan dan bermasalah dengan Chelsea tetapi saya tak pernah berfikir untuk berhenti," katanya lagi.