Saturday, October 30, 2010

KELANTAN JUARA!!!!!!








   Akhirnya Piala Malaysia datang ke negeri Serambi Mekah sejak 1921 ini.Jaringan hasil tandukan  Hairuddin pada minit ke 57 dan Piya yang dinobatkan pemain terbaek perlawanan pada mint ke 65 telah melenyapkan impian Negeri Sembilan untuk mempertahankan kejuaraan ini yang dimenangi tahun lepas.Dalam pada masa yang sama,berita gembira kepada rakyat Kelantan apabila Timbalan Menteri Besar Kelantan,Dato Ahmad Yaacob yang mewakili Menteri Besar sempat mengumumkan bahawa kerajaan negeri telah memberi cuti peristiwa kepada rakyat Kelantan bersempena kejayan ini.Ayuh Kelantan,melangkahlah dengan lebih jauh demi meningkatkan kualiti bola sepak negara dengan laungan keramat 'GOMO KALATE GOMO'