Tuesday, January 4, 2011

Kegemilangan Apex


KHAIRUL atau 'Apex' kini makin memperlihatkan kematangan dalam permainannya meskipun baru berusia 21 tahun.



MUNGKIN sebelum ini tidak ramai yang mengenalinya dan tidak keterlaluan jika dikatakan peminat bola sepak tempatan cukup sangsi terhadap kemampuan pemain ini ketika jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal menyenaraikan namanya ke Piala Millenium di Vietnam baru-baru ini.
Namun, itulah hakikatnya – tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Segalanya bermula dengan kesungguhan, keazaman serta sema- ngat untuk sentiasa mahu menjadi yang terbaik dan akhirnya telah membuahkan hasil.
Sosok yang bergelar Khairul Fahmi Che Mat sebelum ini tidak begitu dikenali seantero negara seperti hari ini, malah peminat Kelantan juga seperti ‘enggan’ mengenalinya terutama ketika dia dibayangi kehebatan beberapa lagi penjaga gol utama pasukan The Red Warriors itu.
Berada di belakang Halim Napi dan Shahrizan Ismail, cukup membuatkan anak muda yang baru me- nginjak ke umur 22 tahun itu ‘lemas’ sehingga pernah memasang hajat untuk meninggalkan pasukan negeri kelahirannya.
Khairul Fahmi atau dikenali sebagai ‘Apex’, tidak pernah menyangka bahawa musim 2010 adalah musim paling bermakna buatnya.
Sebaik pulang dari Tanah Suci selepas mengerjakan umrah bersama pemain-pemain The Red
Warriors, ia membuka lembaran baru buat karier bola sepaknya.
Bagaimanapun, sebelum itu ‘Apex’ terpaksa melalui ranjau yang terlalu beronak selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan ketua jurulatih, B. Sathia- nathan membuat keputusan untuk mendapatkan bekas penjaga gol kebangsaan, Syed Adney Syed Hussin.
Kehadiran penjaga gol tinggi lampai itu bermakna ‘Apex’ bukan lagi menjadi penjaga gol ketiga tetapi turun satu tahap lagi kepada pilihan keempat yang tentu- nya membuatkan masa depan yang lebih kelam.
Namanya terus disisihkan sehingga dia tidak mempunyai pili- han selain beraksi bersama skuad Piala Presiden semata-mata untuk mengekalkan prestasi dalam saingan liga kompetitif.
Kosmo! memetik ayat yang ditulis di dalam blog jejariruncing. blogspot milik Aimie Harmelia Mohd. Hashumi, buah hati penjaga gol kebangsaan itu sebagai berkata: “Saya teringat masa tu sering kali mendengar keluhan My Incik Apex (Khairul Fahmi), “Nak buat macam mana yunk, I tak bagus, tak main la.”
Luahan tersebut sudah cukup untuk menggambarkan betapa ‘Apex’ berperang dengan perasaan untuk membuktikan bakat yang terpendam serta semangat cintakan pasukan kelahirannya menyebabkan dia memilih untuk terus bersabar.
Sejarah penglibatan ‘Apex’ dalam dunia bola sepak cukup sempurna apabila menerima asuhan di Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) kemudian meneruskan cita-citanya di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
Dia kemudiannya menyertai pasukan PKNS pada tahun 2007 dan seterusnya dipanggil menyertai pasukan Harimau Muda pada tahun 2008 sebelum memilih untuk pulang menyertai pasukan negeri kelahirannya, ‘Negeri Cik Siti Wan Kembang’.
Pulang ke pangkuan pasukan negeri bermakna cabaran besar perlu dihadapi olehnya, sementelah ketika itu satu reformasi besar- besaran dilakukan oleh KAFA yang diambil alih oleh Tan Sri Annuar Musa membentuk sebuah pasukan negeri yang cukup mantap dengan membariskan beberapa pemain yang lebih berpenga- laman dan berkaliber.
Kembalinya Shahrizan Ismail yang bekelana ke Terengganu sebelum ini serta penampilan semula Halim Napi sudah pasti menipiskan lagi peluang ‘Apex’ beraksi dalam skuad utama dan musim 2008 kelibat pemain yang mengenakan jersi nombor 30 ini langsung tidak kelihatan.
Musim 2009 sekali lagi menyaksikan ‘Apex’ terus tersisih apabila kekebalan Halim dengan sosok tubuh yang tegak dan ketinggiannya menyebabakan pemain vateran itu sentiasa menjadi pilihan jurulatih Peter James Butler manakala Shahrizan pula sentiasa mengintai peluang.
Turun menjalani latihan dengan status sebagai rakan sparring, ‘Apex’ tahu peluangnya juga makin tertutup selepas KAFA sekali lagi membuat kejutan membawa masuk bekas penjaga gol kebangsaan, Syed Adney.

KHAIRUL 'Apex' melayan permintaan peminat yang mahu merakamkan gambar bersamanya.


Segala-galanya bermula pada 6 Mac tahun lalu apabila dia disenaraikan oleh B. Sathianathan ketika Kelantan terpaksa berkunjung ke Terengganu untuk aksi Liga Super menentang T-Team.
Ketika itu Sathia seperti tiada pilihan lain kerana Syed Adney mengalami kecederaan selain keyakinan pengurusan dan penonton terhadap pemain tersebut juga sedikit berkurangan ekoran bebe- rapa kesilapan mudah yang dilakukan.
Selain itu, Shahrizan juga mengalami kecederaan manakala Halim yang baru pulih daripada kecederaan, belum cergas sepenuhnya menyebabkan ‘Apex’ terpaksa disenaraikan memikul tanggungjawab di gawang Kelantan.
Sama ada takdir atau kebetulan, bermula dari situ ‘Apex’ enggan menoleh ke belakang lagi apabila aksi demi aksinya amat meyakinkan para penonton dan namanya mula menjadi sebutan puluhan ribu penyokong fanatik The Red
Warriors.
Kemuncak prestasinya apabila Kelantan bertemu Selangor pada peringkat suku akhir Piala Malaysia apabila dia berjaya menyela- matkan beberapa percubaan bahaya pasukan lawan selain membantu Kelantan ke peringkat sepa- ruh akhir menewaskan gergasi Lembah Klang.
Kepantasan serta keyakinannya di padang mula memikat jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal yang mula memantau kelibatnya dan mula menaruh minat untuk memanggilnya menyarung jersi kebangsaan.
Impian yang lama dipasang menjadi kenyataan apabila ‘Apex’ dipanggil melaporkan diri ke Wisma Persatuan Bola Sepak Malay- sia (FAM) untuk menyertai skuad kebangsaan dalam misi kejohanan Piala Millenium di Vietnam awal Oktober lalu.
Pulang dari kejohanan tersebut, namanya semakin memuncak selepas Kelantan buat pertama kali- nya berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia selepas penantian selama lebih 80 tahun dan ‘Apex’ adalah antara pemain utama yang membantu Kelantan.
Tugasnya semakin sibuk. Belum pun sempat meraikan kejayaan tersebut, dia diarahkan melaporkan diri bersama skuad Rajagobal untuk persiapan ke Sukan Asia Guangzhou, namun langkah Malaysia hanya terhenti di pusingan kedua.
Akhirnya sinar kegemilangan anak kelahiran Kampung Cherang, Kota Bharu ini semakin jelas kelihatan apabila bersama skuad kebangsaan berjaya membawa pulang Piala Suzuki AFF ke Malaysia setelah menunggu selama 14 tahun.
Ramai yang bersetuju salah satu faktor kejayaan pasukan Malaysia adalah disebabkan kecekapan ‘Apex’ di gawang.
Buktinya, perlawanan menentang Indonesia pada pusingan akhir kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno memperlihatkan bakat sebenarnya.
Mentalnya terlalu kuat untuk ‘diganggu’ para penyokong fanatik sang Garuda walaupun pelbagai cubaan dilakukan dan dia juga de- ngan tenang menyelamatkan sepakan penalti ketua pasukan Indo- nesia, Firman Utina

Saturday, December 18, 2010

Anyukov Ganti Johnson

Liverpool sedang mengejar Anyukov.


Liverpool kini sedang memerhatikan pemain Zenit St Petersburg, Alexander Anyukov yang bernilai £18 juta sebagai carian untuk memperhebatkan bek kanan mereka.

Selain itu, hirarki Anfield juga sedang memburu midfielder kental Rennes, Yann M'Vila.

Pemain Perancis antarabangsa 20 tahun itu berkata, "Saya mahu bermain di liga yang hebat dan Liga Perdana tentunya sensasi bagi saya. Saya menonton semua permainan dan rasanya itu bersesuaian dengan gaya permainan saya."

Friday, December 17, 2010

Al-Habsi Mungkin Dijual


Al Habsi mungkin berpindah Januari ini.

Pengurus Bolton, Owen Coyle memberi petanda dia mungkin menjual penjaga gol Ali Al Habsi kepada Wigan ketika jendela perpindahan Januari ini.
 
Penjaga gol Oman itu telah dipinjamkan ke pesaing Liga Perdana mereka dan menunjukkan prestasi cemerlang dalam beberapa perlawanan buat Latics.
 
Ia telah memikat perhatian kelab lain termasuk Fulham dan West Ham dengan Coyle sudi melepaskan Al Habsi jika tawaran yang sesuai diterima.
 
"Semuanya khabar angin saja buat masa ini namun jika tawaran datang, kami akan berbincang dengan Ali bersama wakilnya dan buat keputusan." kata Coyle.
 
"Kami tahu dia bermain dengan baik, tapi kami juga sedar dia seorang penjaga gol hebat ketika kami pinjamkannya sebelum ini.
 
"Ianya situasi menang menang buat kami. Jika tawaran datang pada Januari, kami akan lihat dan buat pilihan yang sepatutnya untuk kelab ini."

Shearer Berminat Jadi Pengurus Blackburn


Alan Shearer... calon pengurus Blackburn.

ALAN SHEARER berminat dengan peluang untuk menjadi pengurus baru Blackburn.
 
Pemilik baru Rovers menafikan laporan bahawa Diego Maradona telah menjadi calon pilihan – dan membayangkan pengurus sementara Steve Kean mungkin akan dilantik terus jika beliau cemerlang dalam beberapa perlawanan seterusnya.
 
Namun Shearer dalam diam menanti sekiranya pemilik kelab, Venky's merancang untuk membawa pulang bekas hero Ewood Park tersebut kembali ke kelab lamanya.
 
Pengerusi Venky's, Anuradha Desai memberitahu: "Kami tidak melakukan sebarang pilihan ketika ini dan apabila sampai masanya, kami akan berikan Steve dua atau tiga bulan untuk membuktikan kemampuannya."
 
"Jika beliau mampu melakukannya dengan baik, maka beliau akan meneruskan tugas sebagai seorang pengurus – semudah itu. Pilihan terbuka untuk Steve, ia sangat jelas. Beliau telah diberikan masa dan jika beliau berjaya membuktikan kemampuannya, kami tidak ragu-ragu yang beliau akan menjadi pengurus kekal. Kami tidak akan mencari orang lain."
 
Jika Kean, 43, gagal maka Shearer akan menjadi calon paling sesuai seperti yang diinginkan oleh pemilik kelab. Menurut pengarah syarikat, Venkatesh Rao pengurus baru haruslah "warganegara British, lebih muda dan bertenaga" berbanding Sam Allardyce.
 
Di usia 40 tahun, Shearer 16 tahun jauh lebih muda dari Big Sam, yang tanpa disangka-sangka telah dipecat pada hari Isnin lalu.

Moyes Perhatikan Merci

Mbokani... sasaran Moyes.


Bos EVERTON David Moyes memantau penyerang Monaco, Dieumerci Mbokani.
 
Moyes menghantar peninjau untuk melihat penyerang Congo berusia 25 tahun itu semasa perlawanan Ligue 1, ketika Monaco tewas 2-0 kepada St Etienne.
 
Mengecewakan untuk the Toffees, Mbokani hanya digunakan sebagai pemain gantian separuh masa kedua. Mbokani menyertai Monaco dengan harga £6 juta pada musim panas lepas namun bergelut mencari prestasi terbaiknya.
 
Beliau hanya berjaya menjaringkan satu gol liga untuk kelab barunya itu. 
 
Moyes berminat dengan Mbokani sebelum pemain itu meninggalkan Standard Liege untuk ke Perancis.

Onuoha Sedia Pindah

Onuoha gembira dengan hidup di Sunderland.


NEDUM ONUOHA sedia tinggalkan Manchester City untuk Sunderland.
 
Pemain pertahanan bernilai £6 juta itu menyukai kehidupannya sejak dipinjamkan ke Stadium of Light dan akan mengalu-alukan perpindahan tetap. Pengurus Black Cats, Steve Bruce akan membuat bidaan pada Januari ini.
 
Onuoha, 24, berkata: "Saya gembira untuk datang ke sini jika City mahu menjual saya tapi saya masih ada kontrak dan pokok-pangkalnya ia terpulang kepada mereka."

Thursday, December 16, 2010

Donovan Sasaran Terbaru Fulham

Landon Donovan menyinar pada musim lalu sepanjang tiga bulan dipinjam Everton.


Fulham telah membuat percubaan berani untuk meranapkan usaha Everton bagi menandatangani midfielder LA Galaxy, Landon Donovan melalui pinjaman jangka masa pendek.
 
Kapten Amerika Syarikat itu menghabiskan tempoh dua bulan lebih di Goodison Park musim lalu, menjaringkan dua gol daripada 13 penampilan dan dia tidak merahsiakan keinginannya untuk kembali ke Liga Perdana secara sementara.
 
Bos Cottagers, Mark Hughes memberitahu selepas seri pada hari Sabtu dengan Sunderland, "Kami kehilangan pemain seperti Bobby Zamora dan dia tak akan kembali sehingga akhir Januari atau awal Februari jika segalanya berjalan seperti dirancang. Jadi jika ada seseorang yang dapat kami bawa masuk untuk membantu, kami akan melihatnya."
 
"Tapi lebih bagus jika dia bukan penyerang Liga Perdana yang mendatangkan kos besar, baru kami akan pertimbangkannya."
 
Hughes berharap faktor hubungan rapat rakan sepasukan antarabangsanya, Clint Dempsey akan dapat mendorong Donovan untuk menjadikan Craven Cottage selaku destinasi terakhirnya.