Friday, November 5, 2010

Rebutan 'Pisang Panas' Liga M 2011

KHAIRUL FAHMI- (KELANTAN)

Mengapa: Pemain muda ini  telah menunujuklan peningkatan prestasi yang mendadak setiapkali diturunkan.Kekebalanya di pintu gol pasukan Kelantan
telah meletakkan Kelantan pada laluan mudah dalam saingan domestik.Tahun ini merupakan tahun terbaik dalam kariernya apabila Kelantan memenangi Piala Malaysia buat julung kali pasukan Kelantan.Lebih manis,pemain yang digelar Apek ini juga telah merangkul anugerah pemain muda dan penjaga gol terbaik pada majlis Anugerah 1OOPLUS baru-baru ini.Kini,beliau juga telah sah untuk menyertai kem Malaysia di Sukan Asia Guangzhow,China yang bermula minggu ini.Semestinya K Rajagopal akan menaruh sepenuh keyakinan kepada aksi terbaeknya sepertimana yang ditunjjukkan ketike beraksi bersama "The Red 
                                           Warriors".
                                           Tawaran Diterima Dari:
                                           Selangor,Kedah,Felda United


     SHAHRULAIN ZAIN(NEGERI SEMBILAN)

Mengapa:Muda,lincah dan peka menyambar peluang,sudah 2 kali beraksi di pentas final Piala Malaysia.Pemain licik ini dilihat dengan mudah melepasi bahagian pertahanan lawan melalui bahagian sayap kanan untuk meledakkan rembatan  padunya yang sering dilakukannya.Wan Jamak dilihat amat  bergantung kepada bakat pemain muda ini untuk mencari gol setelah kehilangan khidmat Zaquan yang terlibat dalam kecederaan jangka panjang.Aksinya di final Piala Malaysia lalu yang dilihat 'SMOOTH:" sudah tentunya menjadikan pemaim ini idaman bai semua pasukan yang bercita-cita besar.Yang pastinya,Wan Jamak perlu melakukan sesuatu bagi mengekalkan aset paling bernilai pasukannya musim ini.
                                                                        Tawaran Diterima Dari:
                                                                         Perak,Kelantan,T Team,Selangor
BADROL BAKHTIAR(KEDAH)
 
Mengapa: Pemenang Sukan Sea Laos ini telah menunjukkan etika permainan yang baik sepanjang berlangsungnya saingan liga musim ini,Menyerlah bersama Kedah,hampir meranapkan impian Kelantan untuk merangkul Piala Malaysia dengan cubaan-cubaan yang menarik serta melakukan gerakan-gerakan yang membuatkan pertahanan Kelantan tidak duduk diam,Namun,dengan tawaran yang datang mencurah-mencurah daripada pasukan-pasukan besar seperti Selangor,semestinya  
                                                      Badrol sudah melihat prospek meraih kejuarran yang sudah lama tidak
                                                      dikecapinya.
Tawaran Diterima:
Selangor,Perlis,Terengganu ,Felda United,Kelantan



                AIDIL ZAFUAN DAN ZAQUAN ADHA
                (NEGERI SEMBILAN)

Si kembar ini terus menjadi rembutan,malah sudah acap kali pasukan dari Slovakia dikatakan berminat merekrut si kembar yang konsisten dengan pasukannya.Aidil yang perkasa di bahagian benteng,dan Zaquan seperti lipan menyusur bebas di bahagian serangan,telah banyak membantu pasukannya hingga mara ke perlawanan akhir dua kali berturut-turut.Walaupun
diselubungi kecederaan panjang,banyak pasukan dilihat tidak mengendahkan
isu itu sebaliknya mereka yakin bahawa prestasi pemain ini tidak terjejas walaupun sering dipalit dengan masalah peribadi.Terdapat sumber yang boleh dipercayai mengatakan akan berlaku pertukaran pemain ini dengan ketua pasukan Kelantan,Indra Putra Mahyiddin yang tidak sehaluan ataupun "sekepala" dengan si kembar ini.Mungkin Wan Jamak akan berfikir 2 kali untuk melepaskan tunjang kekuatannya ini.
Tawaran Diterima:
Kelantan dan Kedah


NORSHAHRUL IDLAN TALAHA
(KELANTAN)
 Dianggarkan bernilai 25k oleh Selangor,Noshahrul sememangnya layak bdinilai sebegitu.Kelincahan sepasang kaki kiri dan kanan disusuli penyudahan menakjubkan daripadanya telah menjadikan beliau pemain paling dibenci pertahanan lawan.Sepertimana gol kemenangan menakjubkan pemain kelahiran Jerteh ini ketika bertemu Kedah di separuh akhir Piala Malaysia tempoh hari yang memperbodohkan penjaga gol melalui satu sepakan sudut yang  amat mengelirukan penjaga gol Kedah itu.Namun,Mat Yo dilihat akan kekal bermain di Kota Bharu.Satu kelegaan buat Sathianathan.
Tawaran Daripada:
Selangor,Negeri Sembilan,Perak

1 comment:

  1. Tahniah shahrul...kekalkn di kelantan...gomo kelate gomo...

    ReplyDelete