Wednesday, November 10, 2010

Van Der Vart Dan Moyes Raih Anugerah


Van der Vaart kaut anugerah kategori pemain.

Rafael van der Vaart dinobatkan sebagai pemain terbaik dan Moyes selaku pengurus terbaik untuk bulan Oktober dalam Liga Perdana Barclays.
 
Pemain Tottenham, Van der Vaart yang bakal menyertai Real Madrid telah mencetak tiga gol dalam bulan ini serta menenggelamkan Roman Pavlyuchenko semasa menentang Fulham.
 
Moyes pula mendapat anugerah selepas Everton mengambil 10 mata daripada empat perlawanan mereka di peringkat liga bulan ini dengan mengalahkan Birmingham, Liverpool dan Stoke, seri dengan Spurs yang mana gol penyamaan dijaringkan oleh Van der Vaart.
 
Ini adalah kali kelapan Moyes memenangi anugerah, kali ketiga dalam tahun 2010. Sementara itu dia juga dinobatkan sebagai pengurus LMA terbaik sebanyak tiga kali sejak bergabung dengan The Toffees pada tahun 2002.

FERGIE:Man City Akan Terus Berbelanja Besar

Ferguson terima skuad Mancini sebagai pencabar kejuaraan.


Sir Alex Ferguson percaya Manchester City akan terus berbelanja besar pada jendela perpindahan nanti sehingga mereka memenangi beberapa kejuaraan.
 
Eastlands telah membuat pelaburan yang besar untuk membawa kejayaan semenjak Sheikh Mansour mengambil alih kelab itu pada musim panas 2008.
 
United akan bertandang ke Eastlands pada petang Rabu ini ketinggalan dua mata dibelakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea selepas permulaan kurang menyakinkan tetapi masih belum dikalahkan musim ini, dengan skuad Mancini yang sudah tewa sebanyak 3 kali musim ini.
 
Ferguson percaya jirannya itu adalah salah satu pencabar bagi merebut kejuaraan liga menambah lagi kehangatan pertembungan mereka nanti, dia rasakan pasukannya dahagakan kejuaraan yang boleh menambahkan lagi tekanan terhadap City.
 
"City mula dengan baik musim ini, tidak memberi bermakna apa-apa pada perlawanan nanti. Saya tak percaya terdapat apa-apa soal tentang itu," kata bos Red Devil itu lagi.
 
"Kami tahu apa yang mereka belanjakan nanti. Mereka akan membawa lima atau enam pemain pada musim panas nanti dan mereka akan mengulanginya sehingga mereka menjuarai sesuatu."
 
"Anda tahu ini akan berlaku begitu dan anda perlu berurusan sehingga  bertambah baik."
 
"Mereka berada di kelompok atas pencabar untuk kejuaraan liga dan anda tak boleh tunggu sehingga esok apabila ada sesuatu berlaku hari ini. Saya pasti mereka akan berfikir sedemikian.