Monday, November 29, 2010

Ferguson Jangka Penamat Untuk Van Der Sar

Van der Sar setuju untuk bersara.

Sir Alex Ferguson menjangkakan penjaga gol Manchester United, Edwin van der Sar akan bersara daripada bermain bola sepak pada penghujung musim ini.

Van der Sar akan mencecah usia 40 tahun pada akhir Oktober dan warga Belanda itu kekal menjadi watak utama bagi posisinya di United.

Dia masih belum menunjukkan tanda-tanda sama ada dia akan meneruskan kariernya sehingga tamat musim ini, tetapi Ferguson menyatakan bahawa penjaga gol itu akan bersara.

"Kami pernah berbual pada musim lalu tentang bagaimana dia melihat masa depannya dan dia menjelaskan kepada saya mengenai rancangannya, dan tiada apa yang berubah dalam hal itu."

"Dia mengalami kesukaran kerana dia harus memikirkan tentang kesihatan isterinya juga."

"Dia ok sekarang dan kelihatan amat baik tetapi masih memerlukan rawatan di Belanda, dengan fisioterapi dan perkara yang berkaitan. Jadi untuk berada di sini bersama kami adalah sukar untuknya."

The Red Devils telah bersetuju dengan tawaran menandatangani pemain antarabangsa Denmark, Anders Lindegaard, tetapi Ferguson sedang mempertimbangkan untuk membawa seorang lagi penjaga gol selepas dikaitkan pemain seperti Maarten Stekelenburg, Manuel Neuer dan David De Gea

Chelsea Jangan Harap: Lyon

 
Pjanic dikaitkan dengan perpindahan ke Stamford Bridge.

Lyon telah menolak laporan yang mengaitkan midfielder serangan, Miralem Pjanic bakal ke Chelsea dan Inter Milan.

Pjanic dipercayai telah menarik minat Chelsea dan Inter selepas aksi berkesan untuk Lyon sepanjang dua musim terakhirnya.

Pemain antarabangsa Bosnia itu dianggap sebagai antara prospek muda terbaik di Eropah dan dia telah membuktikan dirinya sebagai nadi untuk Lyon sejak ketibaannya dari Metz pada tahun 2008.

Pengarah urusan Lyon, Bernard Lacombe menegaskan belum ada tawaran untuk Pjanic tetapi telah membayangkan mereka boleh mempertimbangkan tawaran menarik bagi pemain berusia 20 tahun itu.

"Inter Milan dan Chelsea sedang menjejakinya? Ketika ini tiada apa yang berlaku," kata Lacombe.

"Kami akan duduk dan berbincang sekiranya terdapat beberapa kelab yang datang dengan tawaran menarik tetapi, saya ulangi, masih tiada apa yang berlaku."

Keane Mungkin Ke Amerika

Robbie Keane buat perpindahan mengejut ke Amerika?

Robbie Keane dikhabarkan membuat perpindahan mengejut ke Major League Soccer.

Penyerang Spurs yang tidak gembira itu hanya membuat dua permulaan kesebelasan utama musim ini dan berharap berpindah ke kejohanan liga Amerika Utara pada Januari ini.

Pasukan Kanada, Vancouver Whitecaps akan membuat debut mereka di liga pada tahun 2011 dan terdesak mencari pemain ternama seperti Keane, 30, kapten pasukan antarabangsa Ireland.

Bekas ketua eksekutif  Tottenham, Paul Barber mengendalikan Vancouver dan berusaha membentuk pasukan yang bagus menjelang permulaan musim liga Amerika pada Mac ini.

Portland Timbers juga menyertai liga dan mahu mencari pemain bernama besar dan begitu juga dengan  New England Revolution.

Keane ada baki 2½ tahun dalam kontrak semasanya dan Spurs mahu berjimat dengan gaji mingguan  £65,000 seminggu beliau ketika pengurus Harry Redknapp berusaha mendapatkan sekurang-kurangnya dua pemain pada Januari ini

Scrwazer Diharap Kekal


Masa depan Schwarzer masih samar.

Pengurus Fulham, Mark Hughes telah sekali lagi yakin bahawa penjaga gol, Mark Schwarzer akan menandatangani kontrak baru di kelab.

Schwarzer, 38 tahun, memohon untuk pergi pada musim panas ini ketika dia berusaha memaksa perpindahan ke Arsenal dengan tawaran £2 juta yang ditolak pada bulan Ogos.

warga Australia itu yang kontraknya akan tamat pada musim panas hadapan, berkata pada minggu ini bahawa dia tidak tahu sama ada dia akan kekal di kelab pada Januari nanti dan mengakui dia begitu terdorong untuk berpindah ke The Gunners.

Hughes menegaskan dia tidak bimbang dengan komen bekas pemain kelahiran Sydney itu dan berharap perjanjian untuk mengekalkan penjaga gol itu di Craven Cottage akan segera disimpulkan.

Ketika ditanya tentang komen Schwarzer itu, Hughes berkata, "Mark hanya menyatakan apa yang terjadi. Kami harap dia akan komited untuk Fulham."

"Kami telah mengadakan perbincangan dengan penasihatnya. Dia tahu fikiran saya, saya ingin dia kekal."

Hughes mungkin akan tanpa Schwarzer untuk tempoh sepanjang Januari ketika dia akan berada di Qatar bersama Australia untuk kempen Piala Asia.

Bakal Pengganti Van Der Sar

Lindegaard kini pemain United.

Manchester United telah menyelesaikan perjanjian pembelian penjaga gol  Anders Lindegaard dari  Aalesunds dengan harga yang tidak diumumkan.

Pemain berusia 26 tahun itu telah melepasi ujian kesihatan di Manchester pada awal minggu lepas dan kin menandatangani kontrak hingga tahun 2014.

Lindegaard akan berlatih dengan United mulai sekarang namun beliau tidak boleh bermain sehinggalah musim perpindahan kembali dibuka Januari ini.

Sir Alex Ferguson gembira mendapatkan pemainnya, memberikan komen: "Anders antara penjaga gol muda berpotensi dalam bola sepak.

"Cabaran di Manchester United ialah sentiasa melihat ke masa hadapan dan dengan Anders, kami mendapatkan seorang penjaga gol yang hebat ketika ini dan malahan menjanjikan potensi.

Lindegaard menambah: "Menyertai Manchester United merupakan impian jadi kenyataan untuk saya.

"Kelab ini bagaikan  satu institusi di Denmark, ia satu penghormatan untuk datang ke sini

Tevez Da Serik Maen Bola Dan Mungkin Pergi


Tevez akan gembira untuk kembali dengan gaya hidup lama.

Persoalan sekali lagi melanda tentang masa depan kapten Manchester City, Carlos Tevez selepas wawancara TV dengan stesen Argentina, TYC Sports.

Berdasarkan situasi di luar padang, Tevez kekal menjadi pemain yang sangat diperlukan untuk city di padang, menjadi inspirasi mereka untuk kembali ke tempat Liga Juara-juara dengan beberapa paparan berkesan.

Kemewahan dan glamor Liga Perdana sedikit pun tidak memuaskan Tevez.

Dalam wawancara itu, Tevez dilaporkan berkata, "Saya akan senang untuk kembali memiliki kehidupan lama di tempat asal saya, Fuerte Apache dan saya tidak mahu bermain lagi."

"Saya bosan dengan bola sepak dan orang-orang yang bekerja di dalamnya. Bola sepak kini hanyalah tentang wang dan saya tidak menyukainya."

"Pemain-pemain muda fikir mereka telah memenangi sesuatu dalam bola sepak kerana mempunyai dua telefon dan rumah. Hari ini ada ramai orang jahat dalam urusan bola sepak dan anda harus berjuang dengan mereka sepanjang masa. Saya akan bermain bola sepak untuk tiga atau empat tahun lagi di Eropah, kemudian saya akan berhenti."