Thursday, November 11, 2010

Peluang Afellay Bersama Barca Tidak Tentu


Afellay dikaitkan dengan Barcelona.

Bintang PSV Eindhoven, Ibrahim Afellay menyatakan kekagumannya bersama Barcelona tetapi berkeras dia tidak tahu di mana masa depannya.
 
Pemain berusia 24 tahun, Afellay bakal meninggalkan PSV selepas bulan lalu, pemain tengah Belanda itu mengumumkan tidak menyambung kontraknya yang akan berakhir pada akhir musim ini.
 
"Saya tidak tahu apa-apa. Saya hanya tahu apa yang saya baca di akhbar melalui laman web tetapi saya masih tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa hadapan kerana terlalu banyak pilihan," kata Afellay.
 
"Ketika ini saya tidak fikir sudah ada tawaran kontrak antara Barcelona dan PSV".
 
"Ia kelab yang bagus, kelab terkenal dengan gaya permainan menarik dan salah satu kelab terbaik dunia tetapi saya berkeras saya masih tidak tahu di mana masa depan saya".
 
"Apa yang saya tahu adalah terus menjalani latihan seperti biasa dan memberi yang terbaik bersama pasukan saya yang masih lagi PSV"

Hargreaves Tiada untuk 5 Minggu Lagi

Hargreaves direhatkan 5 minggu.


Pemain tengah Manchester United, Owen Hargreaves dijangka akan terkeluar dari saingan buat lima minggu lagi.
 
Membuat kemunculan pertama sejak September 2008, Hargreaves hanya bertahan selama lima minit semasa menentang Wolves sebelum dia dikeluarkan kerana masalah hamstring dan digantikan oleh Bebe.
 
Kini, Sir Alex Ferguson mendedahkan bahawa pemain berusia 29 tahun itu akan tidak beraksi hingga pertengahan bulan depan, walaupun Hargreaves mungkin boleh bermain dalam beberapa permainan sepanjang program Krismas.
 
"Pada suatu ketika, kami tahu bahawa lutut Owen berada dalam keadaan baik," kata Ferguson.
 
"Namun, kemungkinan besar dia menderita kecederaan yang sama akibat dari tekanan perlawanan yang tinggi. Jadi kini dia terpaksa diketepikan untuk lima minggu lagi."

Solskjaer Tinggalkan United Untuk Ke Molde

Solskjaer tinggalkan United selepas 14 tahun.


Ole Gunnar Solskjaer telah dilantik sebagai pengurus baru kelab Norway, Molde dan mengakhiri hubungan 14 tahun dengan Manchester United.
Solskjaer diperkenalkan ketika sidang media oleh kelab Norway itu pada hari Selasa selepas memilih untuk melepaskan tugasnya sebagai bos skuad simpanan United, memaksa Sir Alex Ferguson untuk mencari penggantinya.
Karier bekas pemain berusia 37 tahun itu di United akan dikenang selamanya disebabkan saat mendebarkan dia menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan di perlawanan akhir Liga Juara-juara tahun 1999 menentang Bayern Munich.
Gol itu merupakan salah satu daripada 126 gol yang dijaringkannya dalam 366 penampilan untuk United. Perpindahannya yang bernilai hanya £1.5 juta dari Molde pada 1996 dianggap sebagai salah satu daripada pembelian terbaik Ferguson sepanjang menjadi bos di United.
Walaupun karier pemain itu terpaksa berakhir awal pada 2007 akibat kecederaan lutut yang berpanjangan, Ferguson sudah sekian lama melihat potensi Solskjaer sebagai pengurus dan selepas rombakan struktur kejurulatihan di United, menawarkan jawatan sebagai bos skuad simpanan kepadanya.
Bagaimanapun, disebabkan dia mempunyai tiga orang anak kecil, Noah, Karna and Elijah yang sedang membesar, atas restu Ferguson, Solsjkaer memilih untuk pulang ke kelab lamanya.
“Ole berkhidmat dengan baik sepanjang bersama skuad simpanan kami, yang membantunya bina asas kukuh untuk bermula di tempat lain.” kata bos United Sir Alex Ferguson.
“Dia rasa inilah masanya untuk pulang ke Norway, kerana lebih senang membesarkan anaknya. Dia selama ini amat cemerlang berkhidmat untuk kami dan saya pasti dia akan berjaya