Saturday, November 27, 2010

Anderson Sertai Toon


Anderson mungkin akan meninggalkan Old Trafford pada bulan Januari.

Pemain tengah Manchester United, Anderson mungkin akan meninggalkan Old Trafford pada bulan Januari selepas Panathinaikos dan Newcastle dilaporkan antara pasukan yang bersedia membuat tawaran terhadap pemain Brazil itu.
 
Pemain 22 tahun itu hanya memulakan musim dengan dua perlawanan dan kelihatan dia seperti tidak lagi menjadi pilihan utama di United.
 
Seperti yang dilaporkan, jurulatih Panathinaikos iaitu Jesualdo Ferreira ingin mengambil pemain tengah itu sekiranya Sir Alex Ferguson tidak lagi memerlukan Anderson di Old Trafford.
 
Ferreira menyedari bakat Anderson semasa bekerja bersama di Porto.
 
Newcastle juga dikatakan berada dalam senarai untuk membeli pemain tengah itu apabila pengurusnya, Chris Hughton yakin selepas memantau Anderson di United.
 
Pemain Brazil itu bergabung dengan Manchester United pada tahun 2007. Dia bermain dengan baik sekali semasa awal kemasukannya ke United. Namun, pemain itu menyedari dirinya hanya ditempatkan di bangku simpanan dan berjuang untuk masuk ke dalam pasukan pertama setelah kehilangan sebahagian besar musim lalu akibat kecederaan.

Forest Pinjam Ramsey


Ramsey kembali beraksi selepas berehat 9 bulan.

Midfielder Arsenal  Aaron Ramsey menyertai Nottingham Forest secara pinjaman selama enam mingu.

Pemain antarabangsa Wales itu menyertai kelab Liga Kejohanan tersebut sehingga 3 haribulan Januari.

Ramsey kembali beraksi untuk Gunners di perlawanan pasukan simpanan pertengahan minggu lepas menentang  Wolves sejak mengalami kecederaan ngeri patah dua kakinya pada Februari lalu.

Beliau menyertai pasukan Billy Davies dalam usaha mencari kembali tahap kecergasan dan ketajaman permainan.

Bos Arsenal, Arsene Wenger berkata: "Aaron bermain 45 minit Selasa lepas dalam pasukan simpanan dan beliau mengharunginya dengan baik.

"Tapi sudah tentu beliau sudah berehat selama sembilan bulan.

"45 minit yang memang bagus tapi kami perlu melihatnya dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

"Kami perlu berikan beliau persaingan dan ia memerlukan beberapa perlawanan."

Wenger juga meminjamkan midfielder England Bawah-21 Tahun, Henri Lansbury ke Norwich sebelum tarikh akhir pinjaman pada 25 November