Monday, December 6, 2010

City Mahu Labur 50Juta Untuk Alves


Alves jadi sasaran City.

Manchester City mengorak langkah besar dengan rancangan pembelian sensasi £50 juta bintang Barcelona, Dani Alves ñ dengan menyatakan beliau akan menerima gaji mingguan £220,000.
 
Pengarah bola sepak City, Mike Briggs terbang ke Barcelona minggu lepas untuk menemui wakil bek kanan tersebut dan mengemukakan tawaran gaji £11.44 juta setahun.
 
Briggs juga menyatakan dengan jelas bahawa City mahukan pemain Brazil ini sama ada bulan depan ataupun musim panas tahun hadapan.
 
The Blues perlu memberikan tawaran yang besar untuk mengatasi Chelsea, Manchester United dan Arsenal, yang selama ini telah memantau Alves, 27.
 
Dan walaupun pemain tersebut telah memenangi lapan trofi sejak berpindah ke Nou Camp pada musim panas 2008, beliau gagal mempersetujui terma peribadi dalam kontrak barunya.
 
Kontrak Alves akan berakhir dalam tempoh 18 bulan lagi dan ketika City tiada masalah membayar £50 juta buat masa ini, mereka juga bersedia untuk menunggu dan mengambil kesempatan mendapatkan pemain ini secara percuma pada Jun 2011 jika Barca enggan menjual beliau

Everton Tak Jadi Beli Kranjcar


Everton terlepas peluang untuk meminjam Niko Kranjcar dari Tottenham yang mahukan perpindahan tetap.

Everton telah terlepas peluang untuk mendapatkan Niko Kranjcar kerana kelab itu mengalami masalah kewangan.
 
Pengurus David Moyes mahu mengambil Kranjcar melalui pinjaman pada januari nanti kerana Tottenham meminta £3juta untuk pemain antarabangsa Croatia itu melebihi kemampuan kelab tersebut.
 
Namun Kranjcar mahu berpindah terus daripada pinjaman selepas gagal menempatkan diri di White Hart Lane.
 
Bayern Munich, Newcastle dan Liverpool antara kelab yang dikaitkan dengan pemain berusia 26 tahun itu, yang pernah bermain untuk Harry Redknapp di Portsmouth.
 
Everton mempunyai hutang sebanyak £40juta dan Moyes mengakui dia tidak dapat mencari nama-nama besar pada jendela perpindahan. Dia berkata, "Perbelanjaan kami agak ketat dan kecil berbanding dengan Liga Perdana."
 
Pemain yang akan meninggalkan Everton pada musim panas akan datang ialah Steven Pienaar, yang mana dia hampir tamat kontrak. Dia berharap akan menandatangani perjanjian pada Januari dengan Inter Milan.

2 "B" Man City Gaduh Lagi


Gaduh ... Balotelli dan Boateng.

Mario Balotelli dan Jerome Boateng bergaduh teruk hingga terpaksa dileraikan oleh rakan sepasukan.
 
Bos Manchester City, Roberto Mancini turut terpaksa campur tangan dengan mengarahkan Balotelli supaya berdamai dengan Boateng selepas insiden yang berlaku di di waktu makan tengahari di padang latihan kelab di Carrington.
 
Penyerang Itali, Balotelli memberikan reaksi marah selepas kekasaran dari belakang oleh pemain pertahanan, Boateng semasa perlawanan latihan.
 
Kedua-dua pemain ini mula tarik-menarik dan menjerit antara satu sama lain. Tiga rakan sepasukan, termasuk Nigel De Jong, terpaksa meleraikan mereka.
 
Di akhir perlawanan, Balotelli meluru ke bilik persalinan namun pengurus Mancini sempat mengejar dan menahan beliau dengan kedua-dua tangannya. 
 
Beliau membawa Balotelli pergi berjumpa bintang Jerman, Boateng untuk memastikan kedua-dua pemain ini berdamai.
 
Seorang jurucakap City berkata: "Insiden ini dek kerana persaingan sengit antara pemain semasa latihan."
 
"Pemain bermaafan di akhir insiden dan tiada masalah lagi."

Gary Neville Bersara


Gary Neville ditempat kelima dalam rekod penampilan terbanyak untuk United.



Bekas kapten Manchester United, Gary Neville mengesahkan mahu mengikuti jejak Edwin van der Sar untuk bersara pada akhir musim ini, menandakan berakhirnya era Gary Neville di Old Trafford.
Neville, 35, tidak mungkin ditawarkan kontrak baru selepas hanya melakukan tiga penampilan di awal musim ini disebabkan kecederaan yang dialaminya.

Sementara itu, Ryan Giggs yang meraikan ulang tahun ke-37 minggu lalu dan Paul Scholes yang sedang menikmati musim panas di India, hanya melepaskan Neville bersara.

Ketiga-tiga mereka akan tamat kontrak pada akhir musim ini. Namun Sir Alex Ferguson berkata, "Ryan hebat di usia 37 tahun dan kecergasannya tidak berubah."
"Berbeza dengan Gary, kita harus menilainya. Dia tercedera dan jika anda tercedera pada usia 30-an, keadaan ini memang sukar. Inilah yang membezakan Ryan dengan Gary." 

Neville berada di tangga kelima dalam senarai pemain United yang membuat paling banyak penampilan untuk kelab iaitu dengan 601 perlawanan

Giovanni Ke Genoa

Giovani tidak diperlukan di White Hart Lane.

Pemain lebihan Tottenham, Giovani Dos Santos menolak tawaran dari negara asalnya, Mexico dan menyertai  Genoa pada bulan Januari ini.

Tottenham mahukan penyerang semasa jendela perpindahan Januari nanti dan telah pun mengemukakan pertanyaan untuk pemain Everton, Steven Pienaar tapi mereka terlebih dahulu perlu menggugurkan pemain dari skuad yang besar dengan Giovani, David Bentley, Robbie Keane dan Niko Kranjcar menjadi pemain yang hampir pasti akan pergi.

Giovani merudum sejak membuat perpindahan £4.7 juta dari  Barcelona pada tahun 2008 dan telah menghabiskan waktu pinjaman di Ipswich dan Galatasaray.

Beliau menyerlah di Piala Dunia bersama Mexico namun gagal membawa prestasi sedemikian ke Liga Perdana Inggeris.

Chivas berharap untuk membawa Giovani pulang ke Mexico namun pasukan Serie A, Genoa terlebih dahulu bertindak dan tampak turut telah mengatasi saingan dari Fiorentina dan Lazio

Marveaux Turut Dihambat Reds

Marveaux dikaitkan dengan Liverpool.

Liverpool dilaporkan sebagai antara kelab yang beratur untuk mendapatkan pemain sayap Rennes, Sylvain Marveaux.

Laporan yang berasal dari Perancis mendakwa The Reds sedang berkira-kira untuk membuat tawaran kepada pemain berusia 24 tahun itu ketika jendela perpindahan kembali dibuka pada bulan Januari.

Marveaux dianggap sebagai salah seorang pemain muda terbaik di Perancis dan telah dikaitkan dengan Barcelona sebelum ini.

Pengarah strategi bola sepak Liverpool yang baru, Damien Commoli, yakin untuk mengesyorkan perpindahan buat Marveaux dan dia telah mengumumkan mengenai perpindahan pemain itu.

Marveaux, yang saat ini tidak bermain akibat kecederaan, akan tamat kontrak pada musim panas dan masih belum bersetuju untuk kontrak baru di Rennes.

Rennes bertekad untuk mengikat Marveaux dengan kontrak baru. Namun, jika dia tidak mahu menyambungnya, mereka akan menjualnya pada tahun baru