Tuesday, November 2, 2010

Norshahrul Tinggalkan "Red Warriors"??


Hangat!     Kem Kelantan kini dikejutkan dengan berita lamaran perpindahan pemain yang memainkan peranan penting dalam saingan Piala Malaysia baru-baru ini,Norshahrul Idlan Talaha .Berita seperti ini sememangnya tidak akan disenangi para penyokong fanatik Kelantan  terutamanya Presiden KAFA sendiri,Tan sri Anuar Musa yang mahu mahu melihat Kelantan terus dibarisi pemain kebangsaan itu.Setelah Kelantan memenangi Piala Malaysia buat julung kali dari tahun 1921 dua hari lepas,Norshahrul dikatakan telah menerima 2 tawaran mewah daripada pasukan yang berpangkalan di lembah kelang untuk mendapatkankan khidmatnya.
                  Menurut sumber yang boleh dipercayai lagi ,KAFA telah menerima tawaran sebanyak RM25000 daripada pasukan Selangor sejurus Selangor dikatakan akan melepaskan barisan penyerang hambar mereka,Lie Kit Kong dan Rudie Ramli ke kelab lain.Pemain yang digelar Mat Yo ini oleh rakan-rakannya hanya mengikat kontrak selama 1 tahun pada November lepas dengan KAFA.Keadaan ini telah menyebabkan banyak pasukan dikatakan akan mengambil kesempatan ke atas kontrak beliau malahan pasukan Selangor sanggup berhabis beratus ribu ringgit bagi menyambar tandatangan pemain kelahiran Jerteh ini memandangkan Norshahrul terbukti berkesan sebagai peledak pasukan Kelantan musim ini.
                  Persoalannya,adakah Tan Sri Presiden KAFA sanggup melepaskan pemain kesayangannya ini untuk bermain dengan musuh tradisi Kelantan itu??Sama-samalah kita menunggu keputusan terbaik daripada Norshahrul sendiri.'GOMO KELATE GOMO"

CRonaldo Bikin Kaget Lagi!!!

But edisi terbaru Mercurial Vapor Superly II sememangnya liar dan Ronaldo menyatakan ia mampu membuatkan dia semakin menyerlah di padang.


Bintang sensasi Real Madrid sereing mengejutkan peminat dengan pemilihan warna yang cerah bagi kasut bolanya.

Pada masa lalu, dia telah menggunakan beberapa gabungan warna yang pelik untuk kasutnya seperti kuning, hijau dan ungu.

Namun, penajanya Nike telah mengambil langkah lebih lanjut bagi usaha terbaru mereka MELALUI CETAKAN BERTEMA HAIWAN!

Cristiano Ronaldo memakai Nike CR Mercurial Vapor SuperFly II baru, yang digayakan secara eksklusif olehnya. Menggabungkan inovasi but berprestasi tinggi dan cetakan warisan safari Nike. Ronaldo akan melakukan debut kasutnya di padang pada 7 November ketika "El Derbi" dan akan ada untuk dibeli bermula 15 November.