Monday, November 15, 2010

Grant Bida Ipsa


Grant dilaporkan dikaitkan dengan Ipsa.

Bek kanan FC Midtjylland, Kristijan Ipsa mendakwa dia berminat untuk menyertai pasukan Liga Perdana Inggeris, West Ham.
 
Pemain berusia 24 tahun itu menerima pujian melangit ketika persembahannya bersama kelab Denmark itu beberapa tahun yang lalu dan mendakwa Hammers akan terus membuat satu tawaran.
 
Bagaimanapun, pemain Croatia itu menerima hakikat bahawa dia tidak akan memperolehi permit kerja buat masa ini kerana dia tidak pernah bermain peringkat pasukan senior kebangsaan negaranya.
 
Ipsa bersedia untuk memegang status kewarganegaraan yang baru bersama Slovenia, yang mana Croatia tidak seperti ahli kesatuan Eropah.
 
Langkah ini akan memberi lebih banyak peluang Ipsa menyertai pasukan di bawah kendalian Avram Grant, sementara itu dia juga berminat bermain untuk Slovenia.
 
"Oleh kerana saya tak pernah bermain untuk pasukan senior Croatia dan saya bukan warganegara Eropah, perpindahan saya ke West Ham United tidak boleh diteruskan," kata bekas pemain Energie Cottbus itu kepada Nogomania.
 
"Itu sebabnya saya berfikir untuk menjadi warganegara Slovenia. Slovenia adalah rumah kedua saya, nenek saya berasal dari Slovenia dan saya kerap melawat negara ini."
 
"Beberapa tahun yang lalu saya tak dapat passport baru tapi sekarang saya akan berusaha untuk mencapai matlamat dan semua akan berjalan dengan lancar."
 
"Adakah saya akan bermain untuk Slovenia? Mengapa tidak. Saya tak pernah dipanggil oleh pasukan senior kebangsaan Croatia walaupun saya pernah menjadi kapten pasukan bawah 21 tahun negara itu."
 
"Tapi lebih baik kurang berbincang mengenai ini. Jika saya dapat kewarganegaraan Slovenia, saya mula berfikir bermain untuk Slovenia tapi pintu untuk menyertai pasukan kebangsaan Croatia akan tertutup bagi saya."

No comments:

Post a Comment