Monday, November 15, 2010

Saya Mahu Komited Dengan Wolf ".-Dzeko


Dzeko fokus pada Wolfsburg.

Edin Dzeko berkata dia tidak memikirkan untuk berhijrah dari Wolfsburg ketika spekulasi berkenaan masa depannya mula diperkatakan semula.
Pemain kebangsaan Bosnia-Herzegovina itu telah meletakkan dirinya sebagai salah seorang striker produktif di Eropah sejak beberapa musim kebelakangan ini dan dikaitkan dengan beberapa kelab.
Juventus merupakan kelab yang kerap dikaitkan untuk menandatangani pemain berusia 24 tahun itu musim panas lalu, manakala Manchester City juga dikhabarkan berminat dengan Dzeko.
Tiada perpindahan dilaksanakan ketika musim rehat lalu selepas kelab-kelab yang berminat gagal menawarkan harga pelepasan seperti termaktub di dalam kontraknya sebelum jendela perpindahan tamat.
Prestasi Dzeko tidak terjejas akibat khabar angin yang melanda dan dia sudah menjaringkan tujuh gol dalam 11 penampilan Bundesliga untuk skuad Steve Mclaren musim ini.
Ketika khabar terbaru City bercadang untuk membidanya Januari ini, Dzeko menekankan dia tidak menyimpan rasa kecewa terhadap Wolfsburg yang menghalangnya berpindah musim panas lalu.
"Saya bukan jenis yang suka buat orang 'stress'. Selepas kelab putuskan untuk tidak benarkan saya pergi, saya kembali fokus pada Vfl Wolfsburg dan musim baru. Saya hanya mahu jaringkan gol," kata Dzeko. 
"Tak susah memilih untuk kekal, anda juga perlu tunjukkan anda seorang yang mempunyai karakter yang kuat."
"Buat masa ini saya rasa tak fikirkan untuk berhijrah keluar dari kelab ini."

No comments:

Post a Comment