Thursday, December 2, 2010

Raod To Russia World Cup 2018


England terlepas sekali lagi.

England tewas kepada Russia untuk mendapatkan hak sebagai penganjur Piala Dunia 2018
 
Walaupun pembentangan hebat dilakukan oleh Putera William dan David Beckham, bidaan England gagal meyakinkan 22 ahli jawatankuasa eksekutif FIFA yang mereka layak menganjurkan kejohanan bola sepak terbesar di dunia itu.
 
Russia juga menewaskan tentangan hebat diberikan oleh pembida bersama dari Sepanyol dan Portugal serta Belanda dan Belgium.
 
England dilihat menerima padah akibat dakwaan mengenai siasatan rasuah melibatkan beberapa ahli FIFA yang didedahkan melalui rancangan BBC, Panorama.
 
Isnin lalu, BBC mendakwa tiga orang ahli FIFA mengambil rasuah pada tahun 1990-an.
 
Namun, pendedahan itu dikrtitk oleh Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin dan presiden bidaan Sepanyol-Portugal, Angel Villar Llona dalam pembentangannya kepada ahli-ahli FIFA yang lain.
 
Villar Llona berkata: "Saya amat sayangkan FIFA namun yang paling saya sayang adalah rakan sejawat saya dalam jawatankuasa eksekutif.
 
"Baru-baru ini kami dikritik oleh media. Malang buat mereka FIFA sebuah institusi yang bersih.
 
"FIFA hargai kejujuran, FIFA bekerja untuk bola sepak dan dunia dan rakan-rakan saya yang hadir hari ini semuanya jujur, rajin membangunkan bola sepak dan mereka yang tiada di sini juga jujur dan bekerja keras.
 
"Proses pembidaan ini bersih walaupun dengan tuduhan yang dilemparkan mereka."
 
"Kekalahan terjadi walaupun presiden FIFA, Sepp Blatter menganggap pembentangan England sebagai "cemerlang dan menakjubkan".
 
Sementara itu, Qatar telah dipilih sebagai penganjur Piala Dunia 2022

Jangan Ganggu Shcweinsteiger


Schweinsteiger kekal.

Bayern Munich telah memberitahu Manchester United dan Chelsea untuk melupakan cubaan menandatangani Bastian Schweinsteiger.
 
Kontrak midfielder Jerman itu akan berakhir dalam masa 18 bulan dan setakat ini dia masih belum mempersetujui terma baru di Allianz Arena.
 
Schweinsteiger, 26, merupakan pemain kunci kelab dan negaranya. Prestasinya telah menarik minat bos Blues, Carlo Ancelotti dan ketua United, Alex Ferguson.
 
Kedua-dua sisi Inggeris itu terdesak untuk menguatkan posisi tengah, dengan Chelsea diganggu oleh kecederaan Frank Lampard dan The Red Devils bersemangat mencari pengganti Paul Scholes.
 
Namun, pengerusi Bayern Karl-Heinz Rummenigge memberi amaran kepada kelab-kelab Liga Perdana tersebut.
 
Dia berkata, "Kami tak akan membiarkan pemain itu pergi sebelum kontraknya berakhir pada tahun 2012."
 
"Bastian telah membina perjanjian yang hebat dalam dua tahun terakhir dan saya sangat optimis bahawa kami dan ejennya dapat mencapai persetujuan."
 
"Matlamat kami adalah untuk memberikan Bastian kontrak jangka panjang."

Wan Rohaimi, Khalid, Persediaan Sathianathan Hilang Tonggak

KOTA BHARU – Juara Piala Malaysia, Kelantan mengambil langkah berani apabila menyenaraikan tiga ‘orang lama’ sebagai persiapan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2011 yang akan bermula pertengahan tahun depan.
Tiga ‘muka lama’ tersebut ialah Wan Rohaimi Wan Ismail, Daniel Fadly Abdullah dan bekas penyerang sensasi The Red Warriors musim 2009, Mohd. Khalid Jamlus.
Kemasukan ketiga-tiga pemain tersebut menjadikan enam muka baru yang dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan Kelantan selepas K. Soley, Muhamad Abdul Aziz Ismail dan Nurul Azuan Roya.
Kemasukan Khalid dan dua lagi rakannya itu disahkan sendiri oleh Ketua Jurulatih Kelantan, B. Sathianathan ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam yang memberitahu mereka akan mengisi kekosongan sekiranya ada pemain berhijrah.
“Khidmat ketiga-tiga pemain ini masih lagi boleh digunakan, mereka ada banyak pengalaman dan dua daripada mereka pernah bersama saya ketika mewakili negara.
“Khalid seorang pemain penyerang yang hebat terutama dalam kotak penalti, begitu juga dengan Daniel Fadli yang masih lagi mampu merencanakan barisan tengah Kelantan termasuklah Wan Rohaimi untuk memantapkan lagi barisan pertahanan,” ujarnya.
Sathianathan berkata, dengan gabungan pemain sedia ada ditambah pemain baru, beliau yakin mereka mampu memberikan sesuatu buat The Red Warriors untuk musim hadapan sekurang-kurangnya mengulangi apa yang telah dilakukan pada musim lalu.
Ditanya sama ada tindakan tersebut bakal menerima kritikan daripada peminat, Sathiatahan memberitahu beliau sedia berhadapan dengan situasi tersebut.
“Keadaan ini hampir sama apabila Akmal Rizal dan Hairuddin untuk beraksi bersama Kelantan musim lalu. Ramai yang kata mereka dah tak boleh main. Tetapi akhirnya mereka telah buktikan sesuatu dan kita mampu menjadi juara, begitu juga dengan situasi ini,” ujarnya.
Tambahnya, beliau menganggap ia sebagai cabaran untuk melakukan yang terbaik pada saingan musim hadapan.
“Bagi saya usia bukanlah penghalang, apa yang peting ketiga-tiga pemain ini perlu bekerja lebih keras dan memberikan tumpuan penuh pada sesi latihan,” tegasnya.
Dalam pada itu, Sathianathan memberitahu dia masih lagi menunggu kehadiran tiga tunggak yang membantu Kelantan muncul juara Piala Malaysia iaitu Kapten pasukan, Indra Putra Mahyuddin, Nor Farhan Mohamad dan Azizi Mat Rose.

“Sehingga hari ini, saya masih lagi belum merima apa-apa maklumat tentang ketiga-tiga pemain ini dan mereka masih lagi belum menjalani latihan bersama Kelantan,” ujarnya.

Reds Sedia Sambar Pengganti Carragher

Hodgson letakkan bintang Lille, Rami sasaran utamanya Januari ini.


Liverpool bercadang membuat bidaan £12 juta untuk pemain pertahanan Perancis, Adil Rami selepas Jamie Carragher terpaksa diketepikan untuk selama tiga bulan.
 
Pemain Perancis berusia 24 tahun itu menarik perhatian Hodgson semasa kemenangan perlawanan persahabatan ke atas England di Wembley baru-baru ini.
 
Kecederaan Carragher telah membuatkan the Reds mengalami krisis di bahagian pertahanan dengan bintang Denmark, Daniel Agger telah pun diketepikan hingga Krismas ini kerana kecederaan betis.
 
Carragher berharap dapat mengelak dari menjalani pembedahan namun beliau akan dibedah pada Jumaat ini - dan berhadapan rehat 12 minggu.
 
Beliau mengakui: "Secara puratanya ia lebih kurang 12 minggu. Saya mahu kembali sebelum tempoh tersebut tapi saya perlu pastikan ia benar-benar pulih."