Friday, November 26, 2010

Tiada Penyingkiran

TIADA pasukan yang akan disingkirkan daripada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan akibat tidak membayar caruman pemain kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) berkata, FAM dimaklumkan bahawa kesemua pasukan telah menjelaskan baki caruman kepada KWSP atau membayar secara ansuran.
Hamidin berkata, FAM berpuas hati dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pasukan terlibat dalam menyelesaikan tunggakan KW- SP pemain, namun masih ada bebe- rapa perkara kecil yang kini dalam proses penyelesaian akhir.
"Hampir setiap tahun sejak Liga M diperkenalkan pada 1994, masa- lah pasukan membayar caruman KWSP pemain timbul, sehingga mencecah angka RM5.4 juta
"Sebelum ini, kita telah menetap- kan piawaian perlu dipatuhi oleh pasukan yang bermasalah bagi menyelesaikan masalah jika ingin bertanding pada musim hadapan.
"Saya rasa gembira apabila ia mendapat tindak balas positif daripada semua pasukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Hamidin berkata, FAM akan memastikan pada masa hadapan, kebajikan pemain bola sepak tempatan akan lebih terjamin apabila kesemua pasukan mengambil berat tentang pembayaran caruman KWSP.
Sebelum ini, FAM meletakkan syarat akan menyingkirkan mana-mana pasukan yang gagal menjelas- kan tunggakan KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebelum 30 Oktober lalu.
Hamidin berkata, FAM akan memastikan bahawa semua pemain yang menyertai Liga M edisi 2011 mendapat perlindungan insurans.
"Kita akan hanya memi- lih syarikat insuran terbaik bagi memastikan bahawa setiap pemain yang bermain dalam liga tempatan mendapat perlindungan sewajarnya," katanya.
Beliau berkata, empat buah syarikat insurans telah membida dan FAM akan memperhalusi perkara itu sebelum memilih syarikat terbaik.
Menyentuh mengenai jadual perlawanan Liga M 2011, Hamidin berkata, sebahagian besar pasukan yang bertanding bersetuju untuk mengadakan perlawanan pada sebelah malam.
"Setelah mendapat persetujuan daripada semua pasukan FAM telah memutuskan untuk mengadakan perlawanan Liga Malaysia 2011 pada sebelah malam," katanya.
Sebelum ini, FAM memberi kelonggaran kepada pasukan yang menyertai Liga M untuk memilih jadual perlawanan sama ada pukul 4.15 petang dan 8 malam (Sabah/Sara- wak) dan 5 petang dan 8.45 malam di Semenanjung Malaysia.

Zigic Kena Kuat


Zig, jangan terlalu berlembut.

Alex McLeish mahu pemain Birmingham yang berketinggian 6 kaki 8 inci, Nikola Zigic supaya membuktikan kekuatannya.
 
Bos The Brum menandatangani gergasi Serbia itu dari Valencia dengan harga £6 juta pada musim panas yang lalu.
 
Namun, penyerang berusia 30 tahun tersebut bergelut untuk menyesuaikan diri di Liga Perdana dan hanya mencetak tiga gol setakat ini.
 
Big Eck berkata, "Dia semakin agresif tapi saya rasa dia boleh jadi lebih agresif lagi."
 
"Secara psikologinya, keadaan mungkin sangat sukar untuknya."
 
"Namun, statistik menunjukkan dia sedang meningkat dan dia bekerja keras untuk pasukan."
 
"Para pemain menghormatinya dan dia sangat berkeyakinan, saya rasa itu ciri-ciri seorang warga Serbia."
 
"Dia juga mempunyai tahap ketahanan mental yang tinggi.

Cudicini Mahu Angkat Kaki

Cudicini bergelut untuk kesebelasan utama.


Blackpool dilaporkan sedang memantau pemain Tottenham, Carlo Cudicini sebagai pengganti penjaga gol utama pertama mereka, Matt Gilks, yang diketepikan selama tiga bulan.
 
Bekas penjaga gol Lazio dan Chelsea itu bakal berpindah ke Blackpool jika Spurs memutuskan untuk menjejaki pemain Watford, Scott Loach.
 
Penjaga gol Blackpool ketika ini, Matt Gilks sedang menderita patah tempurung lutut dan telah diketepikan sehingga tahun baru.
 
Sementara itu, Cudicini telah bergelut untuk kesebelasan utama di White Hart Lane selepas dibayangi Heurelho Gomes selaku penjaga gol pilihan pertama pengurus, Harry Redknapp.

Krasic Masuk Di Arsenal

Milos Krasic mungkin ditawarkan ke Arsenal menjelang Januari.


Juventus bakal menawarkan pemain sayap Serbia, Milos Krasic kepada Arsenal pada bulan Januari bagi memberi ruang kepada kemasukan Emmanuel Adebayor.
 
Melalui peraturan Serie A, gergasi Itali itu tidak dibenarkan memiliki lebih daripada seorang pemain dari luar EU di dalam skuad. Bermakna jika benar Adebayor akan menyertai Juventus secara pinjaman pada pada tahun baru nanti, kelab terpaksa melepaskan  Krasic bagi memenuhi syarat peraturan.
 
Krasic telah menikmati musim yang berjaya setakat ini, mencetak lima gol daripada 13 penampilannya. Dia tentunya akan menarik perhatian ramai sekiranya dilepaskan kelak.
 
Arsenal dikhabarkan berminat untuk menandatangani pemain berbakat berusia 26 tahun itu. Arsene Wenger kini telah pun menyenaraikan beberapa pemain termasuk Krasic untuk dibeli pada januari nanti bagi menguatkan harapannya memenangi gelaran

Cesc Mahu Beraksi Lawan MU

Fab azam untuk kembali ke Old Trafford.


Cesc Fabregas dalam perjuangan untuk cergas bagi perlawanan antara Arsenal dan Manchester United.
 
Kapten the Emirates itu mengalami satu lagi masalah hamstring semasa kekalahan mengejut 2-0 pasukan di Braga dan telah diberitahu supaya menjangkakan tiga minggu tempoh di luar padang.
 
Namun Fabregas berazam untuk kembali bagi trip penting ke Old Trafford pada 13 Disember ini.
 
Arsenal berkira-kira untuk merehatkan Fabregas bagi satu tempoh yang lebih lama untuk mengurangkan tekanan ke atas kedua-dua harmstring pemain ini yang mencetuskan masalah untuk Fabregas musim ini.
 
Namun pemain Sepanyol itu menegaskan masalah terbaru ini hanyalah masalah yang berulang-ulang.
 
Fabregas menggunakan pengalaman mengharungi masalah ini untuk meminta supaya dikeluarkan semasa di Portugal selepas terasa sedikit sakit di bahagian harmstringnya.
 
Satu lagi berita mengecewakan Arsenal ialah Emmanuel Eboue mengalami kecederaan ligamen lutut yang membuatkan beliau direhatkan selama sebulan.
 
Robin Van Persie, yang diketepikan untuk trip Eropah, menerima rawatan untuk buku lalinya tapi mungkin akan cukup cergas untuk trip ke Aston Villa pada Sabtu ini