Saturday, November 13, 2010

Forlan Tidak Mungkin Ke Real


Atletico menafikan laporan penjualan Forlan.

Pada Khamis lalu, Atletico Madrid menafikan laporan yang menyatakan mereka akan menjual penyerang Uruguay, Diego Forlan kepada musuh setempat, Real.

"Setiap kali ada sesuatu, saya tidak mempunyai masalah bercakap mengenainya," kata Pengerusi Atletico, Enrique Cerezo. "Dalam kes Forlan, tiada apa yang berlaku, kami tidak tahu apa-apa".

Berita Sukan Sepanyol, Marca berkata Rabu lalu Atletico telah menawarkan untuk menjual Forlan yang merupakan pemain terbaik ketika Piala Dunia, ke Real dengan harga 18 juta euro iaitu setengah daripada klausa kuasa pembeliannya akibat jurulatih Quique Sanchez Flores kecewa dengan prestasinya.

Ia berkata tawaran itu tidak datang secara langsung dari Atletico tetapi melalui orang perantaraan rasmi.

"Tiada masalah yang timbul antara Quique dan Forlan," kata Cerezo. "Perhubungan mereka sangat baik. Apabila (Forlan) mula menjaringkan gol, tiada siapa boleh berkata-kata".

Forlan, 31, yang dilaporkan turut menarik minat kelab dari Tottenham dan Juventus, telah bermula dengan prestasi yang agak mengecewakan musim ini dengan hanya menjaringkan 3 gol dalam liga dan kali terakhir dia menjaringkan gol ialah pada 11 September lalu

Inzaghi Menghitung Hari-Hari Terakhir

Inzaghi mungkin terlepas baki perlawanan sepanjang musim ini.


Penyerang veteran AC Milan, Filippo Inzaghi mungkin terlepas baki perlawanan sepanjang musim ini setelah ujian pada hari Khamis mengesahkan dia mengalami ligamen lutut terkoyak.

Inzaghi terpaksa dikeluarkan ketika kemenangan 3-1 ke atas Palermo Rabu lalu yang menyaksikan Milan mengambilalih sebagai pendahulu liga Serie A, hanya bermain 15 minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

Tetapi ujian pada Khamis menunjukkan dia perlu menjalani pembedahan untuk memperbetulkan lututnya itu.

Ini bermakna pemain 37 tahun itu terlepas baki perlawanan sepanjang musim ini, yang juga merupakan penghujung karier kegemilangannya apabila dia mencecah 38 tahun sebelum bermulanya musim depan.

Selepas membuat 289 penampilan dan 125 gol untuk Milan sejak tiba pada 2001, Inzaghi sering diberi peranan sementara semenjak beberapa musim yang lalu.

Musim ini dia telah menjaringkan empat goal dalam 8 perlawanan tetapi kebanyakkannya sebagai pemain gantian dan sebenarnya jika dikira dia hanya bermain kurang dari tiga perlawanan penuh.

Pergi Dari City Shaun

Shaun diarah untuk tinggalkan Eastland.


Ian Wright mahu anaknya Shaun Wright-Phillips meninggalkan Manchester City pada jendela perpindahan Januari ini.

Wright-Phillips hanya membuat enam penampilan musim ini ketika pengurus Roberto Mancini berusaha menyeimbangkan skuadnya.

Legenda Arsenal, Wrighty memberitahu: "Saya memang mahu beliau keluar dari situ, sekurang-kurangnya secara pinjaman. Kita bercakap mengenai seorang pemain yang masih dalam skuad England, jadi Fabio Capello memang menilai beliau.

"Tapi apabila anda tidak bermain dengan kerap, ia hanya menunggu masa sebelum beliau berhenti dari memilih."

Pemain sayap,  SWP, 29, masuk sebagai pemain gantian semasa perlawanan kelayakan Euro 2012 England menentang Switzerland dan Montenegro namun tidak memulakan perlawanan liga untuk City sejak 11 September.

Wrighty turut menambah: "Shaun mendapati amat sukar untuk mengekalkan semangatnya.

"Saya hanya boleh melihat beliau makin lama makin disisihkan dari pemilihan pasukan.

"Saya mahu beliau ke kelab lain di mana beliau akan mendapat peluang untuk berada dalam pasukan utama."

Cahill Untuk Dijual


Cahill adalah permata Trotters

Bos Bolton Owen Coyle mungkin diarahkan untuk menjual pemain pertahanan utama Gary Cahill dan  penyerang Johan Elmander pada bulan Januari ini.

Pengurusan Reebok minggu ini mengumumkan mereka mencatatkan hutang sebanyak £93 juta – walaupun sebahagian besar dari tunai tersebut terhutang dengan pemilik kelab, Eddie Davies.

Dan pengerusi kelab, Phil Gartside mengakui: "Jika pasukan Liga Juara-juara mengetuk pintu pada Januari ini, ia masa terbaik untuk menjual aset.