Monday, November 1, 2010

Norizan Bakar Bimbing Skuad Seladang


IPOH: Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) hari ini mengumumkan pelantikan bekas jurulatih bolasepak negara Norizan Bakar sebagai ketua jurulatih skuad negeri itu bagi menggalas saingan Liga Super dan Piala Malaysia bagi musim 2011/2012.
Presiden Pafa Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata Norizan akan dibantu penolong jurulatih Chong Yee Fatt dan Talib Saidi selaku jurulatih penjaga gol.
"Jawatankuasa menyifatkan Norizan, 49, yang pernah membimbing skuad Perlis, Pulau Pinang, skuad kebangsaan bawah 23 tahun dan Kelantan, adalah calon terbaik untuk melakar kecemerlangan skuad Seladang musim depan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini.
Beliau berkata jawatankuasa eksekutif turut melantik bendahari Pafa Khairul Azwan Harun sebagai pengurus pasukan dan beliau akan dibantu dua bekas pemain negeri selaku penolong pengurus iaitu Isham Sharuddin dan Ahmad Shahrul Azhar Sofian.
Mengenai barisan pemain yang bakal menyarung jersi skuad itu pada musim depan, Zainol yang juga Exco Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri berkata, perkara tersebut akan diputuskan selepas perlawanan akhir Piala Malaysia pada 30 Okt ini.
Beliau berkata Pafa akan berbincang dengan pemain musim lalu yang masih mempunyai kontrak sehingga akhir tahun ini.Norizan menggantikan Raja Azlan Raja Shoib yang sebelum ini mengambil alih daripada Datuk M.Karathu. - BERNAMA

Rumours Terbaru Pemain Kelantan FA

In

Ahmad Fakri Saarani - Perlis (90%)
K. Soley - Perlis (80%)
Safee Salee - Selangor(50%)
Hardi Jaafar - Selangor (50%)
Nurul Azwan Roya - Johor FC (90%)
Farizal Marlias - Perlis (50%)

Out

Badri Radzi - Felda United (50%)
Indra Putra Mahayuddin - T-Team (80%)
Norfarhan Mohamed - T-Team (80%)
Akmal Rizal - Perlis (50%)