Tuesday, December 14, 2010

Gourcuff Hampir Ke City


Bos Manchester City Roberto Mancini dilaporkan menerima persetujuan bagi membuat bidaan  £20 juta untuk midfielder Olympique Lyonnais, Yoann Gourcuff.
 
Pemain berusia 24 tahun itu hanya menyertai OL dari Bordeaux musim panas lalu, namun kelab Eastlands itu tetap berminat terhadapnya walaupun menandatangani David Silva Julai lalu. 
 
Dan ini kerana bekas bos Inter Milan itu percaya skuadnya masih memerlukan suntikan kreativiti, menyebabkan wakil City terus memantau perkembangan pemain perancang itu
 
Pemain kebangsaan Perancis, Gourcuff memulakan karier seniornya di Rennes sebelum dua tahun yang dibelenggu kecederaan bersama AC Milan berakhir apabila dia pindah ke Bordeaux pada 2008 secara pinjaman. Dia sempat mengumpul pingat Liga Juara-juara bersama Milan pada 2007 dan kemudian memenangi kejuaraan Liga Perancis dan Piala Liga bersama Bordeaux pada 2008-09.
 
Lyon menandatanganinya untuk kontrak lima tahun Ogos lalu dengan yuran sebanyak €22 juta (£18.4 juta).
 
City sudah berbelanja besar sejak dibeli oleh Abu Dhabi United Group pada Ogos 2008 dengan membawa nama-nama besar dan menawarkan mereka gaji lumayan.

Bayern Hampir Ikat Baines



Bayern Munich yang sedang bergelut bersedia untuk memancing Leighton Baines selepas menyaksikan bek kiri Toffees itu menyerlah ketika seri dengan Wigan Athletic Sabtu lalu.
 
Dilaporkan yuran £10 juta mencukupi buat kelab Bavarian itu mendapatkan khidmat bekas bek Wigan, Baines dan wang itu boleh digunakan pengurus Everton Davod Moyes untuk membawa muka baru ke Goodison Park dengan seorang striker menjadi keutamaannya.
 
Baines dipercayai teruja dengan perpindahan ke Bundesliga dan walaupun Bayern kini berada di tempat kelima, menurun dari kebiasaan, prospek bermain Liga Juara-juara mungkin sukar untuk ditolak.
 
Bek kiri itu beraksi cemerlang musim ini selepas gagal dipilih untuk skuad Piala Dunia 2010 Fabio Capello.
 
Baines kini berada di tempat ke-157 dalam ranking Castrol, naik dari tangga ke-259 bulan lalu.
 
Jika perpindahan itu terjadi Januari ini, ia bakal memberi satu lagi tamparan buat Moyes dan pasukannya yang sedang bergelut dalam Liga Perdana musim ini dengan laporan Steven Pienaar turut bakal berpindah ke Tottenham.

Reds Izinkan Johnson Pergi

Dikehendaki: Glen Johnson.

Liverpool sedang berusaha keras untuk mencari pemain pertahanan kanan selepas menerima bahawa Glen Johnson bertekad untuk berpindah ke luar negeri pada tahun baru.
 
Pengurus Tottenham, Harry Redknapp adalah peminat Johnson, selepas mengambilnya dari Chelsea ke Portsmouth pada Ogos 2007, dan dia juga akan menjadi orang yang pertama memberi respon berkenaan perpindahan pemain pertahanan England itu.
 
Namun, sementara kembali ke kelab yang dikenalinya mungkin tiba selaku pilihan menarik buat pemain berusia 26 tahun kelahiran London itu, kita fahami dia ingin meluaskan kariernya dengan hidup dan bermain di benua berbeza.
 
Juventus terdesak untuk menunaikan keinginan Johnson dan telah bertanya sama ada mereka boleh mendapatkannya di bulan Januari, walaupun hanya mampu memenuhi harga permintaan Liverpool sekitar £12 juta di akhir musim nanti.
 
Menariknya, Liverpool mungkin cuba untuk mengeksploitasi kekurangan dana Juve dengan meminta penyerang Itali kelahiran Brazil, Amauri, termasuk dalam perjanjian untuk Johnson.