Saturday, December 4, 2010

Honda Dilaitkan Dengan The Reds

Keisuke HondaŠtiada panggilan dari Liverpool.


Agen Keisuke Honda menyangkal pemain midfielder Jepun itu bakal menyertai Liverpool untuk £10 juta.

Honda, yang menyertai CSKA Moscow dari kelab Belanda VVV, menyerlah di Liga Perdana Russia sejak ketibaannya Januari tahun lalu.

Agen pemain berusia 24 tahun itu, Kees Ploegsma menekankan kliennya tidak menerima sebarang tawaran dari Liverpool atau kelab lain.

"Tiada apa-apa, ini semua khabar angin," kata Ploegsma .

"Tiada berita. Setakat ini, tiada tawaran untuk Keisuke dari Liverpool atau mana-mana pasukan.

"Dia ada kontrak dengan CSKA Moscow sehingga 2013 dan kini sedang bercuti."

Ketika ditanya tentang minat dari Arsenal dan Milan, Ploegsma menjawab: "Mereka merupakan kelab hebat tetapi, saya ulang, kami tidak berhubung dengan sesiapapun.

Blackburn Mahu Striker Espanyol

Dani Osvaldo penyerang gaya Inggeris.

Blackburn Rovers berminat membeli penyerang Espanyol, Dani Osvaldo.

Kelab Sepanyol yang dilanda masalah kewangan itu kini bergelut untuk mempertahankan beberapa pemain muda berbakat mereka seperti pemain pertahanan, Victor Ruiz dan midfielder Javi Marquez.

Namun  Osvaldo memiliki gaya permainan penyerang Inggeris dan  pengurus  Blackburn, Sam Allardyce telah menghantar peninjau untuk menyaksikan aksi pemain berusia 24 tahun itu menentang Sporting Gijon pada Ahad lepas.

Penyerang kelahiran Argentina itu memiliki pasport Itali dan terikat dengan kontrak hingga tahun 2015

Babel Untuk Carlton Cole

Ryan Babel boleh berpindah ke West Ham.

Ryan Babel telah dikaitkan akan berpindah ke West Ham selepas Liverpool terus mengejar untuk mendapatkan penyerang England, Carlton Cole.

Awal minggu ini, bos West Ham cuba mengelakkan dari kemungkinan mendapatkan dana menerusi penjualan Cole, yang dikatakan bernilai sekitar £8 juta, walaupun kelab kini terjerat dalam masalah kewangan.

Bagaimanapun bos Liverpool, Roy Hodgson telah mendedahkan minatnya terhadap pemain berusia 27 tahun itu dan akan buat tawaran pada tahun baru ini, ia akan memberi lebih tekanan kepada Avram Grant terutamanya The Reds dikatakan akan mengemukakan tawaran yang lebih menarik.

Babel telah dikaitkan berpindah dari Anfield tahun depan selepas gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama.

Juventus dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain sayap itu tetapi Liverpool akan menawarkan pemain berusia 23 tahun itu kepada West Ham untuk ditukarkan dengan Cole

Villa Mahu Tambah Peledak

Penyerang West Ham dalam radar Houllier.


Aston Villa berminat mendapatkan penyerang West Ham, Frederic Piquionne dan mahu beliau berpasangan dengan penyerang Tottenham,  Robbie Keane dalam serangan berwajah baru.

Pemain Norway, John Carew telah dipinggirkan di Villa Park dan pengurus  Gerard Houllier bimbang mengenai tahap kecergasan jangka masa panjang Emile Heskey.

Pengurus Perancis itu juga mahu pemain berpengalaman bergandingan dengan pemain muda berbakat pasukan, Gabriel Agbonlahor dan Ashley Young dan dalam masa yang sama mahukan pemain yang lebih lincah dan fleksibel dalam opsyennya.

Houllier memang mengenali Piquionne dari karier pemain berusia 31 tahun itu di Lyon dan Monaco dan tertarik dengan cara pemain ini menyesuaikan diri dalam bola sepak Inggeris bersama Portsmouth dan kini di West Ham.

Kelab London tersebut kini mengalami masalah kekurangan tunai dan akan lebih cenderung menjual Carlton Cole jika ada pihak yang bersedia memberikan £10 juta seperti yang mereka tawarkan namun ia pasti tidak akan dipenuhi dan tawaran £4.5 juta untuk Piquionne mungkin menjadi sumber perolehan paling cepat yang boleh mereka terima.