Thursday, October 28, 2010

Status Perpindahan Pemain Kelantan

K. Soley : Perlis FA ----> Kelantan FA (Comfirm)
Ahmad Fakri Saarani : Perlis FA ----> Kelantan FA
Nurul Azwan Roya : Johor FC ----> Kelantan FA
 Zaquan dan Aidil:Kelantan FA-->Kelantan FA


Keluar__

Badri Radzi : Kelantan FA ----> Felda UniteD(20-80)
Indra Putra Mahayuddin : Kelantan FA ----> NS NAZA
Akmal Rizal Rakhli : Kelantan FA ----> Perlis FA

Llorente Tolak Perbincangan Perpindahan

Llorente terkejut dengan minat terhadapnya.

Penyerang yang sedang meningkat naik, Fernando Llorente mengakui yang dia teruja oleh spekulasi yang mengaitkannya dengan Real Madrid dan Barcelona.

Llorente telah menjadi perhatian berikutan permulaan baik musim ini, yang mana menyaksikan dia menjaringkan tiga gol dalam enam perlawanan Division Primera Athletic Bilbao dan kemudian tiga gol penting bagi Sepanyol sepanjang minggu lepas.

Kejayaan Llorente belakangan ini, termasuk menjaringkan 23 gol di semua kejohanan musim lalu telah menjadi perhatian dua gergasi Sepanyol. Pengarah Sukan Madrid, Miguel Pardeza minggu ini mendedahkan kekagumannya kepada pemain berusia 25 tahun itu dan Barcelona juga dilaporkan berminat dengan pemain kelahiran Pamplona tersebut.

Namun, Llorente tidak membiarkan spekulasi itu mendapatkannya dan berkata, "Ini semua sedikit berlebihan. Saya mencetak gol tapi itu perkara biasa. Minat ini membuatkan saya teruja dan menjadi tanda bahawa saya melakukan kerja dengan baik. "

Dia menambah, "Saya hanya memikirkan Athletic, tidak ada yang lain di fikiran saya.

Gardiola Tidak Risau Dengan Minat Inter

Messi tetap komited untuk Barcelona walaupun Internazionale menaruh minat kepadanya.


Bos Barcelona, Josep Guardiola kekal tidak bimbang dengan minat Internazionale untuk mendapatkan Lionel Messi.

Presiden Inter, Massimo Moratti bercakap baru-baru ini tentang kemungkinan bahawa Messi boleh berpindah ke Itali, walaupun pada awalnya dengan nada bergurau sebelum mendedahkan yang dia beanr-benar berharap untuk menandatangani pemain itu.

Namun, bintang Argentina itu menjawab bahawa walaupun juara Eropah itu berminat untuk mendapatkan khidmatnya, dia tidak pernah menanam niat untuk berpindah.

Moratti memberi komen bahawa Messi telah menolak sebuah impian.

"Ini berlawanan dengan apa yang telah dilaporkan, Messi sangat unik," katanya kepada Sky Itali. Messi berkata, " Moratti sangat baik dan saya yakin dia hanya bergurau, tapi hal itu membuatkan saya senang."

Namun, Guardiola telah memberi amaran bahawa Inter tidak berpeluang untuk menandatangani pemain itu kerana dia tetap komited untuk Barca.

"Jika Moratti memberi kami €250 juta dan Leo ingin pergi, maka kita mungkin boleh berbicara, tapi saya memahami yang Messi tidak mahu pergi dan pendapat pemain adalah penentu dalam bola sepak," katanya. "Segala keputusan di tangannya."

Real Disekat Murcia

Real Madrid pulang dengan seri tanpa jaringan.

Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid mengelak daripada dimalukan sekali lagi selepas kalah kepada Alcorcon dalam Piala Raja musim lepas. Namun, pada hari Selasa mereka diikat seri 0-0 oleh Divisyen III Real Murcia dalam 32 perlawanan terkini mereka.
 
Jurulatih Real, Jose Mourinho telah mengancam pemainnya dengan amaran bahawa mereka akan menderita seperti kekalahan yang sama iaitu 4-0 dalam perlawanan pertama, yang mana kemenangan 1-0 di perlawanan kedua membuktikan yang mereka ada kemajuan. Namun, mereka jarang mengancam apabila bermain di tempat lawan.
 
"Saya gembira bersama pasukan. Mereka bermain dengan semangat dan mahukan kemenangan," kata Mourinho.
 
"Saya tujukan kritikan ini kepada mereka yang tak bekerja keras dan ini bukanlah masalah yang berlaku di sini. Saya senang dengan mereka walaupun hasilnya tidak memuaskan kerana kami sentiasa ingin menang."
 
Penyerang antarabangsa Perancis, Karim Benzema gagal untuk mempamerkan aksi terbaik dalam perlawanan dan telah memaklumkan akhbar harian sukan Marca bahawa ini merupakan kesempatan terakhirnya untuk membuktikan kepada Mourinho yang dia layak disimpan.
 
Benzema, yang gagal bersinar di Real sejak berpindah dengan nilai jutaan euro dari Lyon tahun lalu, akhirnya digantikan selepas setengah jam dengan saingan utamanya, Gonzalo Higuain.
 
Real, yang terakhir kali meraih trofi ini pada tahun 1993 melihat kesempatan terbaik mereka hilang pada minit ke-31 apabila sepakan kaki kiri Esteban Granero hanya singgah di palang gol.
 
Musuh Real, Barcelona balik dengan kemenangan 2-0 di Ceuta, daerah  Sepanyol yang hampir dengan utara Maghribi tetapi terpaksa menanggung padah apabila penyerang kelahiran Venezuela iaitu Jeffren Suarez perlu dibawa ke hospital akibat kecederaan bahu kiri

Santa Cruz;Tevez Memang Homesick

Tevez merindui keluarganya di Argentina.


Roque Santa Cruz mendakwa Carlos Tevez berminat untuk pulang ke Argentina, namun masih menjangkakan rakan sepasukannya di Manchester City itu untuk memenuhi kontraknya.
 
Tevez sering bercakap mengenai kekecewaan beliau dengan bola sepak dan baru saja bulan lepas mengandaikan akan bersara pada bila-bila masa kerana rasa 'bersara'.
 
Santa Cruz, yang berhasrat meninggalkan City demi mencari aksi kesebelasan utama, telah mendedahkan Tevez memang seorang yang homesick dan merindui keluarganya.
 
Bagaimanapun penyerang Paraguay ini tidak percaya Tevez akan pulang ke Amerika Selatan sehinggalah beliau memenuhi kontraknya di City.
 
"Hati saya berat mengatakan beliau rindukan keluarganya," kata Santa Cruz. "Beliau mahu bersama mereka yang berada di Argentina.
 
"Adik-beradik dan anak perempuannya juga berada di sana. Apabila anda berasa demikian, tanah air anda bagai memanggil anda kembali, anda mungkin mahu menamatkan segala-galanya untuk pulang.
 
"Apa pun saya fikir beliau akan memenuhi dan menamatkan kontraknya bersama City sebelum pulang."
 
Pemain berusia 26 tahun itu telah mengukuhkan dirinya sebagai pemain kesayangan peminat sejak menyertai City dari kelab musuh setempat, United pada tahun 2009 dan memiliki kontrak hingga tahun 2014.
 
Beliau telah diberikan jawatan kapten pada permulaan musim ini dan memberikan reaksi dengan menjaringkan tujuh gol, sebagai tambahan pemain ini turut bergaduh dengan pengurus Roberto Mancini

Defoyr Kata Tiada Perjanjian Dengan RED DEVILS

Defour dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.

Steven Defour memberitahu tiada hubungan pertanyaan rasmi dari Manchester United, namun midfielder ini mengakui yang beliau mungkin meninggalkan Standard Liege.
 
Red Devils telah lama meminati pemain berusia 22 tahun itu walaupun kecederaan patah kaki mungkin menjejaskan kemungkinan perpindahan semasa jendela perpindahan Januari tahun ini.
 
Defour kini kembali cergas dan bermain dengan tahap yang menarik perhatian beberapa kelab ternama Eropah, memarakkan kembali spekulasi menjelang pembukaan semula jendela perpindahan nanti.
 
Pemain antarabangsa Belgium ini mengesahkan rasa sayangnya terhadap Standard, tapi merasakan beliau satu hari nanti terpaksa meninggalkan kelab demi mengembangkan kariernya.
 
"Saya tahu yang Manchester United memantau situasi saya dengan teliti. Namun masih belum ada sebarang perhubungan rasmi," kata Defour.
 
"Saya telah direhatkan untuk seketika waktu kerana kecederaan tapi saya kembali bermain di tahap tertinggi. Peluang untuk saya akan meninggalkan kelab memang besar jika saya terus bermain seperti sekarang.
 
"Saya sudah berusia 22 tahun sekarang dan saya juga harus memikirkan tentang diri saya sendiri. Ada masanya apabila anda memang perlu mengorak langkah ke tahap seterusnya dalam karier anda, tidak kiralah bagaimana perasaan anda untuk mana-mana kelab.

City Belum Muktamat Ambil Carrico

Manchester City sedang memerhatikan pemain pertahanan Sporting Lisbon Daniel Carrico walaupun pemain ini turut diperhatikan oleh Juventus dan Atletico Madrid.
Pemain berusia 22 tahun itu memiliki kontrak hingga tahun 2013, namun jumlah kelab yang mengikuti perkembangannya mencadangkan bahawa akan ada perpindahan besar yang dilakukan tidak lama lagi.
Pasukan Roberto Mancini yakin mereka akan mengatasi Juventus dan Atletico dan pengarah teknikal kelab Eastlands tersebut, Mike Rigg telah mengesahkan bahawa Carrico berada dalam pemerhatian.
"Kami sentiasa memerhatikan pemain dan saya tak nafikan Carrico pemain yang menarik," kata Rigg.
"Tapi kami masih belum membuat sebarang keputusan tentang pemain ini dan kami sebagai sebuah kelab menghormati hubungan dengan kelab lain."

Erikkson Nyatakan Minat Dapatkan Beckham


Bos Leicester, Sven-Goran Eriksson telah menyatakan hasrat untuk membawa David Beckham kembali ke bola sepak England.
 
Eriksson mempunyai hubungan rapat dengan Beckham ketika mereka masing-masing bergelar pengurus dan kapten England antara tahun 2001 dan 2006.
 
Namun, veteran Sweden itu telah menolak laporan bahawa pemilik Leicester dari Thailand mungkin menyediakan usaha berani untuk menandatangani Beckham dari Los Angeles Galaxy semasa jendela perpindahan dibuka pada Januari nanti.
 
"Cerita ini pastinya menjadi berita hangat dan ditolak sama sekali kerana itu tidak akan berlaku," kata Eriksson. "Tidak betul, tapi saya akan memberitahu anda jika David ingin ke sini kelak dan dia sangat dialu-alukan."
 
"Jika tentunya akan datang jika dia mahu. Tapi aku ragu bahawa dia ingin bermain di Liga kejuaraan."
 
"Aku belum berbincang dengannya untuk waktu yang lama walaupun mampu berbuat demikian, tapi aku tahu jawapannya."
 
"Saya ragu yang dia akan pergi secara pinjaman kerana tahun lalu terdapat banyak kritikan oleh peminat dan hal-hal seperti itu."
 
Namun, Eriksson malu-malu tentang laporan bahawa pemilik Leicester akan menandatangani bintang-bintang besar pada jendela perpindahan Januari.
 
"Kita akan lihat," kata Eriksson. "Kami ingin bermain di Liga Perdana secepat mungkin, musim depan jika bolah. Saya tahu yang pemilik sedang mempersiapkan diri untuk pembelian Januari untuk melakukan apa yang mereka rasa perlu."
 

Maurinho Intai Rooney Dan Torres

Menurut laporan akhbar Sepanyol, Jose Mourinho akan melancarkan bidaan bernilai £100 juta (RM467 juta) untuk mendapatkan duo wira England Wayne Rooney dan Steven Gerrard.

Bos baru Real madrid itu telah melebelkan Gerrard sebagai sasaran nombor satunya. Dia akan memikat Tom Hicks dan George Gillett yang menghadapi kegawatan tunai dengan tawaran £30 juta untuk pemain midfield Liverpool itu.  

Kemudian dia akan cuba menyatukan Rooney dengan rakannya Ronaldo dengan menawarkan Manchester United £80 juta yang kedua dalam tempoh dua musim.

Mourinho dilaporkan telah mengemukakan strategi perpindahannya kepada pengurus besar Real Jorge Valdano dalam pertemuan mereka semalam.

Sementara itu, kelab itu dikatakan akan mengumumkan dua rekrut lain tidak lama lagi. Tapi rundingan perpindahan Rooney dan Gerrard hanya akan dilancarkan selepas misi Piala Dunia duo itu selesai di Afrika Selatan.