Friday, November 12, 2010

"Tidak" Untuk Perpindahan Macheda


Macheda takkan ke mana-mana.

Ejen Federico Macheda mendakwa menerima jaminan dari bos Manchester United Sir Alex Ferguson mengenai masa depan kliennya.
Laporan menyebut bahawa penyerang tersebut mungkin akan kembali ke Itali pada Januari ini manakala West Brom dilaporkan pernah berminat dengan pemain muda ini.
Namun wakil Macheda, Giovanni Bia, yakin bahawa pemain berusia 19 tahun ini tidak akan meninggalkan  Old Trafford selepas berbincang dengan Ferguson pada bulan Oktober lepas.
Bia berkata: "Saya di Manchester 10 atau 15 hari lalu dan bercakap dengan Ferguson.
"Isu mengenai perpindahan tidak disebut langsung.  Ferguson fokus dengan beliau. Beliau mahukan  Federico di Manchester.
"Pengurus Scotland itu merasakan jika segala-galanya mengikut perancangan, Macheda boleh menjadi antara penyerang terbaik.
"Jadi mustahil pemain ini akan berpindah pada Januari ini."

Scholes Abaikan Virus Demi United

Scholes abaikan kesakitannya untuk bermain.


Sir Alex Ferguson mendedahkan Paul Scholes sedang berubat selama dua hari ketika muncul beraksi semasa Manchester United seri 0-0 di City.
Ia pertemuan hambar dan mengejutkan tanpa jaringan untuk pertemuan setempat Manchester buat kali pertama sejak tahun 2004 berikutan kurangnya peluang gol semasa perlawanan.
Untuk United, ia keputusan yang memuaskan kerana Ferguson sendiri kurang yakin pemain mana yang akan diturunkannya.
"Kami telah berusaha sedaya upaya menurunkan pasukan terbaik di atas padang," kata Ferguson.
"Scholes sedang berubat sejak dua hari lepas. Beliau tidak berlatih. Darren hanya berlatih pagi ini. Ia kecederaan buku lali, tapi nasiblah beliau okay."
Kesan virus telah melanda kem United minggu ini namun ia tidak menjejaskan penguasaan mereka sepanjang perlawanan yang mengecewakan.
Selepas mendominasi perlawanan, United hanya mencipta dua peluang gol, satu untuk Patrice Evra sebelum rehat dan satu lagi percubaan akrobatik Dimitar Berbatov pada separuh masa kedua

Blanc Tergoda Akan "BOS" Di Bekas Kelabnya

Blanc berminat dengan United.


Ketua jurulatih Perancis Laurent Blanc mengesahkan beliau berminat menggantikan Sir Alex Ferguson sebagai pengurus Manchester United.
Bekas pemain Perancis berusia 44 tahun itu beraksi selama dua tahun di Old Trafford sehingga tahun  2003 sebelum bersara selepas karier permainan yang cemerlang.
Blanc kini menguruskan pasukan Perancis selepas meninggalkan Bordeaux pada musim panas untuk menggantikan Raymond Domenech berikutan pencapaian buruk negaranya di Piala Dunia di Afrika Selatan.
Bekas pemain Barcelona, Marseille dan Inter Milan ini adalah antara calon utama menggantikan Ferguson yang akan bersara kelak dan beliau sendiri tidak menolak untuk menjadi pengganti.
"Saya mungkin berminat," kata Blanc.
"Saya memang amat berminat tapi sukar untuk beliau mencari pengganti. Beliau telah berkhidmat selama 24 tahun.
"Apa pun, saya tidak berapa kisah dengan projek tersebut setakat ini. Saya ada cabaran lain!"

Hleb Tak Mahal

Hleb masih belum menyesuaikan diri.


Bos Birmingham, Alex McLeish menganggap Alex Hleb kemungkinan tidak capai prestasi terbaiknya sehingga Januari walaupun The Blues akan membayarnya £1 juta ketika itu.
 
Big Eck mendesak supaya Hleb tenteramkan fikirannya sebelum dia menunjukkan prestasi yang memikat Barcelona untuk menandatanganinya.
 
Bekas pemain tengah Arsenal berusia 29 tahun itu menyertai Blues secara pinjaman pada Ogos lalu. Mereka membayar £55,000 dari jumlah gajinya sekitar £100,000 seminggu.
 
McLeish berkata, "Dia perlu membetulkan dirinya dari segi psikologi serta memiliki fizikal yang sihat".
 
"Jika pemain itu tidak bermain dalam perlawanan pra-musim, maka mereka tidak akan dapat mengejar rentak permainan sehingga Disember atau Januari".

Sneijder Alami Anemia

Wesley Sneijder... Bintang Inter Milan.


Bintang Inter Milan, Wesley Sneijder telah mengalami anemia selepas berasa pening ketika tamat separuh masa pertama dalam perlawanan menentang Brescia sabtu lalu.
 
Sneijder membantu bimbing Inter ke musim lalu yang mengagumkan dan mengemudi Belanda ke peringkat akhir Piala Dunia.
 
Tetapi pemain perancang berumur 26 tahun itu berusaha bermain untuk kelab dan negara membuatkan dia keletihan.
 
Dia berkata, "Saya sudah mula mengeletar dan rasa sakit seluruh badan. Dalam bilik persalinan saya sudah jatuh sakit dan pengsan secara tiba-tiba".
 
"Jantung saya dan tekanan darah diperiksa segera. Kemudian saya ke Belanda untuk pemeriksaan seterusnya".
 
"Keputusannya saya dapati ialah mengalami anemia dan seluruh badan saya kepenatan".
 
Bagaimanapun Inter tidak membuat sebarang komen mengenainya.
 
Sneijder merupakan salah seorang calon yang bakal memenangi anugerah pemain tahunan terbaik FIFA Ballon d'Or 2010, yang akan diumumkan pada 10 Januari nanti