Sunday, November 14, 2010

"Tak Boleh Tanpa Torres Dan Gerrard

Mereka elemen utama perubahan prestasi Liverpool.


Roy Hodgson mengakui peningkatan prestasi Liverpool tidak dapat disangkal dengan fakta bahawa the Reds masih kuat bergantung pada Steven Gerrard dan Fernando Torres.

Gerrard dan Torres pasti akan menjadi pemain penting untuk mana-mana pasukan namun kebergantungan terhadap mereka memang amat ketara di Anfield.

Pasangan ini sama ada menjaringkan atau mencipta hampir kesemua gol liga untuk the Reds musim ini – kecuali gol David Ngog semasa menentang Arsenal pada perlawanan pembukaan musim ini apabila pencipta gol tersebut adalah Javier Mascherano, yang kini berada di Barcelona.

"Jika kami mahu membuat pencapaian bagus musim ini, kami memerlukan dua pemain tersebut berada di prestasi terbaik mereka, kami perlukan gol Torres dan penguasaan Gerrard di bahagian midfield,’ kata  Hodgson."

"Kami hanya menyaksikannya sedikit semasa menentang  Wigan, separuh masa menentang Chelsea dan semasa kemenangan ke atas Napoli, Blackburn dan Bolton, cuma ketika ini ia lebih nampak ketara."

"Tapi ia bertukar menjadi sukar semasa di Wigan. Kami mencatatkan siri keputusan yang baik tapi selepas empat kemenangan berterusan, anda tahu sememangnya sukar untuk memperolehi kemenangan kali kelima. "

"Mungkin juga saya perlu berpuas hati kerana kami masih belum tewas dan mengutip lebih dari satu mata dari jumlah keseluruhan mata yang kami mahukan."

Bendtner Ancam Tinggalkan Gunners


Bendtner mahukan aksi kesebelasan utama.

Nicklas Bendtner mendakwa beliau bersedia meninggalkan Emirates Stadium melainkan pengurus  Arsenal Arsene Wenger mula memberikannya tempat dalam permulaan kesebelasan.
 
Penyerang  Denmark ini diselubungi masalah kecederaan paha yang menyebabkan beliau direhatkan untuk beberapa bulan pertama musim ini.
 
Bendtner, yang menyertai the Gunners pada musim panas 2004,cuma diberikan dua permulaan kesebelasan utama musim walaupun beliau berfikir yang beliau berhak mendapat aksi kesebelasan utama.
 
Kini pemain berumur 22 tahun itu memberi amarah jika situasi tidak berubah, beliau akan melihat jendela perpindahan Januari dengan kelab gergasi Bundesliga, Bayern Munich dilaporkan menaruh minat.
 
Bendtner memberitahu akhbar Denmark, BT: "Saya sangat kecewa dengan kekurang minit permainan di atas padang.
 
"Saya fikir saya telah melakukan semua perkara yang betul untuk kembali cergas dan saya dalam keadaan terbaik sepanjang karier saya.  
 
"Saya rasa lebih baik berbanding sebelum kecederaan dan ketika itu saya berada dalam kesebelasan utama dan menghampiri potensi penuh saya.
 
"Apabila saya cergas 100 peratus, saya tak dapat terima duduk di bangku simpanan.
 
"Jika situasi tidak berubah dan saya masih di bangku simpanan di Arsenal, saya akan mencari perpindahan. Ia memang ketara.

Kuartet Dapat Panggilan Pertama England

Carroll dapat panggilan England.


Andy Carroll, Jay Bothroyd, Chris Smalling dan Jordan Henderson, kesemuanya t telah mendapat panggilan England yang pertama untuk perlawanan persahabatan menentang Perancis pada hari Rabu ini.
 
Fabio Capello telah memberikan keempat-empat pemain tersebut peluang dalam skuad yang banyak berubah itu untuk menentang naib juara Piala Dunia 2006 tersebut di Wembley.
 
Walaupun Carroll dan Henderson memang telah dijangka disenaraikan namun ia memang mengejutkan bahawa Bothroyd dan Smalling turut telah dipilih.
 
Secara keseluruhan, ada sembilan pemain baru dari skuad yang diumumkan Capello untuk perlawanan kelayakan Euro 2012 bulan lepas, termasuk bek kanan Manchester City, Micah Richards, yang tidak pernah bermain di bawah pengurus Itali tersebut.
 
Duo Arsenal, Jack Wilshere dan Kieran Gibbs telah dipilih, manakala beberapa nama besar diketepikan termasuk Joe Cole, walaupun rakan sepasukannya di Liverpool, Glen Johnson baru saja pulih dari kecederaan paha.
 
Kevin Davies turut diketepikan walaupun ia nampak agak tidak wajar untuk kapten Bolton tersebut yang membuat debutnya menentang Montenegro bulan lepas dan cemerlang di hadapan Capello semasa pasukannya mengalahkan Tottenham baru-baru ini.
 
Skuad penuh: Foster (Birmingham), Hart (Man City), Green (West Ham); Gibbs (Arsenal), Cole (Chelsea), Terry (Chelsea), Jagielka (Everton), Lescott (Man City), Richards (Man City), Ferdinand (Man Utd), Smalling (Man Utd); Walcott (Arsenal), Wilshere (Arsenal), Young (Aston Villa), Gerrard (Liverpool), Barry (Man City), Johnson (Man City), Milner (Man City), Henderson (Sunderland); Agbonlahor (Aston Villa), Bothroyd (Cardiff), Carroll (Newcastle), Crouch (Tottenham)

Amaran Mancini Buat Johnson

Johnson masih belajar.


Pengurus Manchester City, Roberto Mancini memberitahu Adam Johnson bahawa beliau masih belum menjadi pemain yang bagus dan tidak harus dibuai dengan rasa sedemikian.
 
Hanya separuh dari 16 penampilan bekas pemain Middlesbrough berusia 23 tahun ini pada musim ini sebagai kesebelasan utama dengan beliau kelihatan hilang tempatnya berikutan ketibaan David Silva dengan harga £24 juta dari Valencia pada musim panas lalu.
 
Pengurus dari Itali ini memberitahu: "England seperti Itali. Apabila seorang pemain muda bermain dengan cemerlang dalam lima perlawanan, semua suratkhabar menulis 'oh Adam Johnson ni pemain yang fantastik'."
 
"Jadi apabila anda seorang pemain muda dan membaca suratkhabar, anda berfikir 'Aku pemain yang bagus, pemain bagus'."
 
"Tapi Adam Johnson seorang pemain muda dan tidak memahami perlawanan dengan sangat baik. saya fikir beliau boleh meningkat lebih bagus jika beliau lebih berfikir semasa bermain."
 
"Beliau pemain bagus tapi baru berusia 23 tahun, beliau bermain 20 perlawanan di Liga Perdana dan ia mustahil untuk memikirkan beliau kini sebagai pemain yang betul-betul bagus."

Kelantan Ikat Irwan Fadli Dan Nurul Azwan

KELANTAN dilapor mula memancing beberapa muka baru bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Beberapa pemain dikatakan hampir pasti menandatangani kontrak bersama juara Piala Malaysia itu.
Sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberitahu, antara muka baru yang bakal disenaraikan adalah tiga pemain KL Plus yang menarik diri daripada saingan Liga M musim depan.
“Salah seorang pemain tersebut merupakan bekas pemain kebangsaan yang pernah menyarung jersi beberapa pasukan sebelum ini, antaranya Kedah, Pahang dan UPB-My Team.
“Kita kini dalam proses terakhir untuk membawa masuk Irwan Fadzli Idrus yang merupakan seorang pemain pertahanan kanan. Kemasukan Irwan dijangka menguatkan lagi posisi pertahanan.
“Selain Irwan, kita juga memancing seorang lagi pemain pertahanan KL Plus, Mohamad Abdul Aziz Ismail yang juga merupakan anak jati Kelantan dan kemasukan kedua-dua pemain ini membolehkan kita mempunyai beberapa pilihan untuk barisan pertahanan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tambahnya, Kelantan juga turut akan memperkuatkan jentera tengah dengan membawa masuk seorang lagi pemain, Reeshafiq Alwi.
Jelasnya, walaupun kombinasi sedia ada antara Badri Radzi dan Shakir Shaari dilihat semakin mantap dan serasi, kehadiran Reeshafiq akan membantu Kelantan untuk mempelbagaikan lagi corak permainan.
“Dia (Reeshafiq) pemain yang cukup kreatif serta memiliki kepantasan dan hantaran yang baik dan kita memerlukan seorang pemain yang mampu mengisi kekosongan di jentera tengah sekiranya berlaku kecederaan pemain yang sedia ada.
“Kita juga mendapat khabar gembira apabila seorang lagi anak Kelantan, Nurul Azwan Roya juga hampir pasti pulang selepas berkelana ke Johor FC,” jelasnya.
Kelantan kini dikhabarkan sedang mengintai beberapa pemain penyerang yang akan digandingkan bersama Norshahrul Idlan Talaha selepas hampir pasti kehilangan Hairuddin Omar yang akan ke Negeri Sembilan.

"Incredible" Hulk bukan Untuk Dijual

Hulk adalah penyerang yang sensasi.

Porto telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak berniat untuk menjual penyerang mereka, Hulk, semasa musim pertukaran pada bulan Januari.

Pemain Brazil yang hebat itu telah lama dikaitkan dengan perpindahan ke England, yang menurut laporan dia sedang diperhatikan oleh Manchester City dan Chelsea.

Laporan di Portugal mendakwa bahawa kelab gergasi dari Liga Perdana telah menghantar pemerhati mereka beberapa kali menyaksikan Hulk bermain, termasuk perlawanan baru-baru ini di mana Hulk cemerlang membantu Porto membelasah Benfico 5-0 dengan penuh bergaya.

Seperti mana yang dijangkakan, lambat laun dia akan menuju ke peringkat yang lebih tinggi, dengan umur 24 tahun yang sudah pasti akan menguji dirinya di tahap yang lebih tinggi.

Porto sekali lagi menegaskan bahawa tidak akan ada rundingan semasa Tahun Baru, walaupun mendapat tawaran hebat

Szczesny Naik Gaji Terus

Szczesny tandatangan kontrak baru Arsenal.


Penjaga gol ketiga Arsenal, Wojciech Szczesny telah menandatangani kontrak baru -  dengan peningkatan gaji sebanyak LIMA BELAS kali ganda.

Gaji pemain antarabangsa Poland itu telah naik dari £2,000 kepada £30,000 seminggu selepas pemain setinggi 6 kaki 5 inci itu bersetuju dengan kontrak baru selama lima tahun.

Ia bermakna pengurus Arsene Wenger tidak akan meneruskan minatnya terhadap Mark Schwarzer dan  Shay Given kerana beliau menjangkakan  Szczesny akan mencabar Manuel Almunia dan Lukasz  Fabianski untuk posisi No 1  the Gunners.

Szczesny, yang menghabiskan musim lepas secara pinjaman di kelab Liga Satu, Brentford, bercadang untuk mencari aksi kesebelasan utama di kelab lain selepas hanya membuat dua penampilan Piala Liga untuk Arsenal sejak tahun 2007.