Thursday, November 18, 2010

Pires Kembali Ke BPL

Pires ... kembali ke Liga Perdana Inggeris.


Robert Pires akan membuat kepulangan sensasi ke Liga Perdana Inggeris bersama Aston Villa.
 
Dan pemain berusia 37 tahun ini dijangka disenaraikan untuk debut penuhnya menentang Arsenal – jika beliau berjaya melepasi pemeriksaan perubatan.
 
 Pires, legenda Gunners menyertai skuad Gerard Houllier dan akhir sekali mungkin akan menjadi sebahagian dari pasukan kejurulatihan di Villa.
 
Beliau berkata: "Saya perlu meyakinkan doktor pasukan dan berharap dapat menandatanganinya sebelum hujung minggu.
 
"Ia akan menjadi untuk selama enam bulan atau lebih lama tapi ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan.
 
"Saya telah berlatih bersama Arsenal selama dua bulan dan saya gembira serta berada di prestasi terbaik. Saya mahu mengucapkankan terima kasih kepada Arsene Wenger – kerana beliau membolehkan saya kembali mengecapi aksi di peringkat tertinggi."
 
Pires, pemenang Piala Dunia, menjadi ejen bebas selepas kelab La Liga, Villarreal mleepaskannya pada musim panas lalu.
 
Pires mungkin akan disenaraikan dalam pasukan yang menentang Blackburn pada hari Ahad ini, atau lebih hampir lagi, bertemu kelab lamanya pada 27 haribulan November.
 
Bos Gunners, Wenger berkata: "Pires pernah menjadi midfielder serangan kiri terbaik dunia. Walaupun jika beliau telah kehilangan kepantasannya, beliau masih boleh membantu Aston Villa kerana beliau tahu membaca perlawanan."
 
Houllier mengakui bercadang mendapatkan penyerang Real Madrid, Karim Benzema secara pinjaman tapi ejen pemain tersebut memberitahu kliennya mahu terus berada di the Bernabeu

Luis Dijangka Gantikan Tempat Alex Di Stamfort Bridge

Chelsea mahu David Luiz.


Carlo Ancelotti akan melancarkan semula tawaran bernilai £25 juta untuk bintang Benfica, David Luiz berikutan satu lagi tamparan bagi musim Chelsea.
 
Centre half Brazil, Alex mengalami masalah lutut dan harus diketepikan selama lebih kurang dua bulan, menjadikan dia kini di dalam krisis.
 
John Terry juga mengalami masalah urat saraf, yang mana dia bakal diketepikan selama "seminggu atau mungkin sebulan".
 
Satu-satunya bek tengah yang tinggal ialah Branislav Ivanovic, tapi dia pula telah menerima ban satu perlawanan.
 
Bos, Ancelotti berminat dengan bek Portugal, Luiz, 23 sepanjang musim panas tetapi faktor kewangan telah menafikan perjanjian daripada dilakukan.
 
Kini, jurulatih Itali itu bersedia untuk merayu pemilik billionaire, Roman Abramovic bagi mengeluarkan bajet kecemasan pada Januari nanti.
 
Wakil kelab memberitahu, "Alex dijangka akan diketepikan selama enam hingga ke lapan minggu."