Tuesday, December 14, 2010

Bayern Hampir Ikat Baines



Bayern Munich yang sedang bergelut bersedia untuk memancing Leighton Baines selepas menyaksikan bek kiri Toffees itu menyerlah ketika seri dengan Wigan Athletic Sabtu lalu.
 
Dilaporkan yuran £10 juta mencukupi buat kelab Bavarian itu mendapatkan khidmat bekas bek Wigan, Baines dan wang itu boleh digunakan pengurus Everton Davod Moyes untuk membawa muka baru ke Goodison Park dengan seorang striker menjadi keutamaannya.
 
Baines dipercayai teruja dengan perpindahan ke Bundesliga dan walaupun Bayern kini berada di tempat kelima, menurun dari kebiasaan, prospek bermain Liga Juara-juara mungkin sukar untuk ditolak.
 
Bek kiri itu beraksi cemerlang musim ini selepas gagal dipilih untuk skuad Piala Dunia 2010 Fabio Capello.
 
Baines kini berada di tempat ke-157 dalam ranking Castrol, naik dari tangga ke-259 bulan lalu.
 
Jika perpindahan itu terjadi Januari ini, ia bakal memberi satu lagi tamparan buat Moyes dan pasukannya yang sedang bergelut dalam Liga Perdana musim ini dengan laporan Steven Pienaar turut bakal berpindah ke Tottenham.

No comments:

Post a Comment