Wednesday, November 24, 2010

Tidak Akan Dijual


Schweinsteiger ialah pemain penting untuk Bayern.

Karl-Heinz Rummenigge membantah cadangan dari Louis van Gaal yang Bayern Munich harus mempertimbangkan cadangan untuk menjual Bastian Schweinsteiger musim panas yang akan datang.
 
Kontrak Schweinsteiger selaku pemain antarabangsa Jerman itu berakhir pada musim panas 2012 dan van Gaal bimbang kelab akan kehilangan satu bayaran yuran perpindahan yang besar jika pemain itu memilih untuk menyelesaikan kontraknya dan berpindah secara percuma mengikut undang-undang Bosman.
 
Namun, Rummenigge selaku ketua eksekutif berkeras bahawa juara Bundesliga itu tidak akan menjual pemain yang berusia 26 tahun itu dan tetap yakin Schweinsteiger akan menyetujui kontrak baru.
 
Dia berkata: "Saya benar-benar ingin melanjutkan kontrak Bastian dan itulah yang sedang kami lakukan.
 
"Dia adalah salah satu pemain kami yang paling penting. Namun, jika pemanjangan kontrak tidak berlaku, maka dia pasti akan tinggal di Bayern hingga 30 Jun 2012. Dia tidak akan meninggalkan kelab sebelum tarikh tersebut."
 
Rummenigge juga menyatakan bahawa keputusan bukan berada di tangan Van Gaal.
 
"Dia tidak boleh membuat keputusan," tambah Rummenigge.
 
"Dalam hal ini, saya yang akan memberi kata putus."

No comments:

Post a Comment