Sunday, November 14, 2010

Kuartet Dapat Panggilan Pertama England

Carroll dapat panggilan England.


Andy Carroll, Jay Bothroyd, Chris Smalling dan Jordan Henderson, kesemuanya t telah mendapat panggilan England yang pertama untuk perlawanan persahabatan menentang Perancis pada hari Rabu ini.
 
Fabio Capello telah memberikan keempat-empat pemain tersebut peluang dalam skuad yang banyak berubah itu untuk menentang naib juara Piala Dunia 2006 tersebut di Wembley.
 
Walaupun Carroll dan Henderson memang telah dijangka disenaraikan namun ia memang mengejutkan bahawa Bothroyd dan Smalling turut telah dipilih.
 
Secara keseluruhan, ada sembilan pemain baru dari skuad yang diumumkan Capello untuk perlawanan kelayakan Euro 2012 bulan lepas, termasuk bek kanan Manchester City, Micah Richards, yang tidak pernah bermain di bawah pengurus Itali tersebut.
 
Duo Arsenal, Jack Wilshere dan Kieran Gibbs telah dipilih, manakala beberapa nama besar diketepikan termasuk Joe Cole, walaupun rakan sepasukannya di Liverpool, Glen Johnson baru saja pulih dari kecederaan paha.
 
Kevin Davies turut diketepikan walaupun ia nampak agak tidak wajar untuk kapten Bolton tersebut yang membuat debutnya menentang Montenegro bulan lepas dan cemerlang di hadapan Capello semasa pasukannya mengalahkan Tottenham baru-baru ini.
 
Skuad penuh: Foster (Birmingham), Hart (Man City), Green (West Ham); Gibbs (Arsenal), Cole (Chelsea), Terry (Chelsea), Jagielka (Everton), Lescott (Man City), Richards (Man City), Ferdinand (Man Utd), Smalling (Man Utd); Walcott (Arsenal), Wilshere (Arsenal), Young (Aston Villa), Gerrard (Liverpool), Barry (Man City), Johnson (Man City), Milner (Man City), Henderson (Sunderland); Agbonlahor (Aston Villa), Bothroyd (Cardiff), Carroll (Newcastle), Crouch (Tottenham)

No comments:

Post a Comment