Sunday, November 14, 2010

"Tak Boleh Tanpa Torres Dan Gerrard

Mereka elemen utama perubahan prestasi Liverpool.


Roy Hodgson mengakui peningkatan prestasi Liverpool tidak dapat disangkal dengan fakta bahawa the Reds masih kuat bergantung pada Steven Gerrard dan Fernando Torres.

Gerrard dan Torres pasti akan menjadi pemain penting untuk mana-mana pasukan namun kebergantungan terhadap mereka memang amat ketara di Anfield.

Pasangan ini sama ada menjaringkan atau mencipta hampir kesemua gol liga untuk the Reds musim ini – kecuali gol David Ngog semasa menentang Arsenal pada perlawanan pembukaan musim ini apabila pencipta gol tersebut adalah Javier Mascherano, yang kini berada di Barcelona.

"Jika kami mahu membuat pencapaian bagus musim ini, kami memerlukan dua pemain tersebut berada di prestasi terbaik mereka, kami perlukan gol Torres dan penguasaan Gerrard di bahagian midfield,’ kata  Hodgson."

"Kami hanya menyaksikannya sedikit semasa menentang  Wigan, separuh masa menentang Chelsea dan semasa kemenangan ke atas Napoli, Blackburn dan Bolton, cuma ketika ini ia lebih nampak ketara."

"Tapi ia bertukar menjadi sukar semasa di Wigan. Kami mencatatkan siri keputusan yang baik tapi selepas empat kemenangan berterusan, anda tahu sememangnya sukar untuk memperolehi kemenangan kali kelima. "

"Mungkin juga saya perlu berpuas hati kerana kami masih belum tewas dan mengutip lebih dari satu mata dari jumlah keseluruhan mata yang kami mahukan."

No comments:

Post a Comment