Friday, November 19, 2010

Toffees Ingin Lihat Donovan Terus Bersama Mereka

Donavan mahu kembali bersama Toffees.


Midfielder Los Angeles Galaxy dan AS, Landon Donovan akan mengambil beberapa minggu untuk memikirkan kemungkinan kembali bermain di luar negera, mungkin dengan kembali ke kelab Liga Perdana Inggeris, Everton.

"Rancangan saya adalah untuk berehat selama beberapa minggu dan merehatkan minda untuk membuat keputusan yang tepat," kata Donovan, yang bermain dalam 30 perlawanan sepanjang 33 bulan yang lalu, termasuk semua empat perlawanan Piala Dunia Amerika Syarikat.

Namun, Donovan menunjukkan bahawa jika dia memutuskan untuk bermain di luar tempatnya, berkemungkinan besar dia akan kembali ke Everton, tempat dia menghabiskan masa 10 minggu secara pinjaman pada awal tahun ini.

Kontrak empat tahun Donovan dengan Galaxy membolehkan dia untuk bermain secara pinjaman di luar negera.

Ogos lalu, pengurus Everton David Moyes menyatakan bahawa harga Donovan mungkin terlalu mahal untuk membawanya kembali secara pinjaman buat kali kedua.

"Kami tidak mempunyai wang," kata Moyes di www.evertonfc.com. "Harga yang MLS inginkan untuknya sangat besar dan ini merupakan masalah tambahan kepada faktor usianya."

No comments:

Post a Comment