Monday, December 6, 2010

2 "B" Man City Gaduh Lagi


Gaduh ... Balotelli dan Boateng.

Mario Balotelli dan Jerome Boateng bergaduh teruk hingga terpaksa dileraikan oleh rakan sepasukan.
 
Bos Manchester City, Roberto Mancini turut terpaksa campur tangan dengan mengarahkan Balotelli supaya berdamai dengan Boateng selepas insiden yang berlaku di di waktu makan tengahari di padang latihan kelab di Carrington.
 
Penyerang Itali, Balotelli memberikan reaksi marah selepas kekasaran dari belakang oleh pemain pertahanan, Boateng semasa perlawanan latihan.
 
Kedua-dua pemain ini mula tarik-menarik dan menjerit antara satu sama lain. Tiga rakan sepasukan, termasuk Nigel De Jong, terpaksa meleraikan mereka.
 
Di akhir perlawanan, Balotelli meluru ke bilik persalinan namun pengurus Mancini sempat mengejar dan menahan beliau dengan kedua-dua tangannya. 
 
Beliau membawa Balotelli pergi berjumpa bintang Jerman, Boateng untuk memastikan kedua-dua pemain ini berdamai.
 
Seorang jurucakap City berkata: "Insiden ini dek kerana persaingan sengit antara pemain semasa latihan."
 
"Pemain bermaafan di akhir insiden dan tiada masalah lagi."

No comments:

Post a Comment