Saturday, November 13, 2010

Forlan Tidak Mungkin Ke Real


Atletico menafikan laporan penjualan Forlan.

Pada Khamis lalu, Atletico Madrid menafikan laporan yang menyatakan mereka akan menjual penyerang Uruguay, Diego Forlan kepada musuh setempat, Real.

"Setiap kali ada sesuatu, saya tidak mempunyai masalah bercakap mengenainya," kata Pengerusi Atletico, Enrique Cerezo. "Dalam kes Forlan, tiada apa yang berlaku, kami tidak tahu apa-apa".

Berita Sukan Sepanyol, Marca berkata Rabu lalu Atletico telah menawarkan untuk menjual Forlan yang merupakan pemain terbaik ketika Piala Dunia, ke Real dengan harga 18 juta euro iaitu setengah daripada klausa kuasa pembeliannya akibat jurulatih Quique Sanchez Flores kecewa dengan prestasinya.

Ia berkata tawaran itu tidak datang secara langsung dari Atletico tetapi melalui orang perantaraan rasmi.

"Tiada masalah yang timbul antara Quique dan Forlan," kata Cerezo. "Perhubungan mereka sangat baik. Apabila (Forlan) mula menjaringkan gol, tiada siapa boleh berkata-kata".

Forlan, 31, yang dilaporkan turut menarik minat kelab dari Tottenham dan Juventus, telah bermula dengan prestasi yang agak mengecewakan musim ini dengan hanya menjaringkan 3 gol dalam liga dan kali terakhir dia menjaringkan gol ialah pada 11 September lalu

No comments:

Post a Comment