Saturday, November 13, 2010

Inzaghi Menghitung Hari-Hari Terakhir

Inzaghi mungkin terlepas baki perlawanan sepanjang musim ini.


Penyerang veteran AC Milan, Filippo Inzaghi mungkin terlepas baki perlawanan sepanjang musim ini setelah ujian pada hari Khamis mengesahkan dia mengalami ligamen lutut terkoyak.

Inzaghi terpaksa dikeluarkan ketika kemenangan 3-1 ke atas Palermo Rabu lalu yang menyaksikan Milan mengambilalih sebagai pendahulu liga Serie A, hanya bermain 15 minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

Tetapi ujian pada Khamis menunjukkan dia perlu menjalani pembedahan untuk memperbetulkan lututnya itu.

Ini bermakna pemain 37 tahun itu terlepas baki perlawanan sepanjang musim ini, yang juga merupakan penghujung karier kegemilangannya apabila dia mencecah 38 tahun sebelum bermulanya musim depan.

Selepas membuat 289 penampilan dan 125 gol untuk Milan sejak tiba pada 2001, Inzaghi sering diberi peranan sementara semenjak beberapa musim yang lalu.

Musim ini dia telah menjaringkan empat goal dalam 8 perlawanan tetapi kebanyakkannya sebagai pemain gantian dan sebenarnya jika dikira dia hanya bermain kurang dari tiga perlawanan penuh.

No comments:

Post a Comment