Thursday, December 2, 2010

Raod To Russia World Cup 2018


England terlepas sekali lagi.

England tewas kepada Russia untuk mendapatkan hak sebagai penganjur Piala Dunia 2018
 
Walaupun pembentangan hebat dilakukan oleh Putera William dan David Beckham, bidaan England gagal meyakinkan 22 ahli jawatankuasa eksekutif FIFA yang mereka layak menganjurkan kejohanan bola sepak terbesar di dunia itu.
 
Russia juga menewaskan tentangan hebat diberikan oleh pembida bersama dari Sepanyol dan Portugal serta Belanda dan Belgium.
 
England dilihat menerima padah akibat dakwaan mengenai siasatan rasuah melibatkan beberapa ahli FIFA yang didedahkan melalui rancangan BBC, Panorama.
 
Isnin lalu, BBC mendakwa tiga orang ahli FIFA mengambil rasuah pada tahun 1990-an.
 
Namun, pendedahan itu dikrtitk oleh Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin dan presiden bidaan Sepanyol-Portugal, Angel Villar Llona dalam pembentangannya kepada ahli-ahli FIFA yang lain.
 
Villar Llona berkata: "Saya amat sayangkan FIFA namun yang paling saya sayang adalah rakan sejawat saya dalam jawatankuasa eksekutif.
 
"Baru-baru ini kami dikritik oleh media. Malang buat mereka FIFA sebuah institusi yang bersih.
 
"FIFA hargai kejujuran, FIFA bekerja untuk bola sepak dan dunia dan rakan-rakan saya yang hadir hari ini semuanya jujur, rajin membangunkan bola sepak dan mereka yang tiada di sini juga jujur dan bekerja keras.
 
"Proses pembidaan ini bersih walaupun dengan tuduhan yang dilemparkan mereka."
 
"Kekalahan terjadi walaupun presiden FIFA, Sepp Blatter menganggap pembentangan England sebagai "cemerlang dan menakjubkan".
 
Sementara itu, Qatar telah dipilih sebagai penganjur Piala Dunia 2022

No comments:

Post a Comment