Wednesday, November 10, 2010

Van Der Vart Dan Moyes Raih Anugerah


Van der Vaart kaut anugerah kategori pemain.

Rafael van der Vaart dinobatkan sebagai pemain terbaik dan Moyes selaku pengurus terbaik untuk bulan Oktober dalam Liga Perdana Barclays.
 
Pemain Tottenham, Van der Vaart yang bakal menyertai Real Madrid telah mencetak tiga gol dalam bulan ini serta menenggelamkan Roman Pavlyuchenko semasa menentang Fulham.
 
Moyes pula mendapat anugerah selepas Everton mengambil 10 mata daripada empat perlawanan mereka di peringkat liga bulan ini dengan mengalahkan Birmingham, Liverpool dan Stoke, seri dengan Spurs yang mana gol penyamaan dijaringkan oleh Van der Vaart.
 
Ini adalah kali kelapan Moyes memenangi anugerah, kali ketiga dalam tahun 2010. Sementara itu dia juga dinobatkan sebagai pengurus LMA terbaik sebanyak tiga kali sejak bergabung dengan The Toffees pada tahun 2002.

No comments:

Post a Comment