Thursday, November 11, 2010

Solskjaer Tinggalkan United Untuk Ke Molde

Solskjaer tinggalkan United selepas 14 tahun.


Ole Gunnar Solskjaer telah dilantik sebagai pengurus baru kelab Norway, Molde dan mengakhiri hubungan 14 tahun dengan Manchester United.
Solskjaer diperkenalkan ketika sidang media oleh kelab Norway itu pada hari Selasa selepas memilih untuk melepaskan tugasnya sebagai bos skuad simpanan United, memaksa Sir Alex Ferguson untuk mencari penggantinya.
Karier bekas pemain berusia 37 tahun itu di United akan dikenang selamanya disebabkan saat mendebarkan dia menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan di perlawanan akhir Liga Juara-juara tahun 1999 menentang Bayern Munich.
Gol itu merupakan salah satu daripada 126 gol yang dijaringkannya dalam 366 penampilan untuk United. Perpindahannya yang bernilai hanya £1.5 juta dari Molde pada 1996 dianggap sebagai salah satu daripada pembelian terbaik Ferguson sepanjang menjadi bos di United.
Walaupun karier pemain itu terpaksa berakhir awal pada 2007 akibat kecederaan lutut yang berpanjangan, Ferguson sudah sekian lama melihat potensi Solskjaer sebagai pengurus dan selepas rombakan struktur kejurulatihan di United, menawarkan jawatan sebagai bos skuad simpanan kepadanya.
Bagaimanapun, disebabkan dia mempunyai tiga orang anak kecil, Noah, Karna and Elijah yang sedang membesar, atas restu Ferguson, Solsjkaer memilih untuk pulang ke kelab lamanya.
“Ole berkhidmat dengan baik sepanjang bersama skuad simpanan kami, yang membantunya bina asas kukuh untuk bermula di tempat lain.” kata bos United Sir Alex Ferguson.
“Dia rasa inilah masanya untuk pulang ke Norway, kerana lebih senang membesarkan anaknya. Dia selama ini amat cemerlang berkhidmat untuk kami dan saya pasti dia akan berjaya

No comments:

Post a Comment