Monday, December 13, 2010

Mutu Tidak Mahu Sambung Kontrak

Pemain Romania ini gembira dengan hanya bermain tiga tahun lagi.

Penyerang, Adrian Mutu telah mendedahkan bahawa dia menolak untuk menandatangani kontrak baru selama lima tahun bersama Fiorentina kerana dia tidak mahu bermain dalam jangka masa yang panjang.
Pemain Romania berusia 31 tahun itu berkata, "Kelab menawarkan saya kontrak baru selama lima tahun tetapi saya hanya mahu bermain bola sepak lagi tiga tahun saja."
Bekas pemain Chelsea itu mendakwa dia mahu bersara bersama kelab Itali tersebut walaupun dia dikatakan akan keluar dari kelab ketika dia menerima pengharaman penggunaan dadah pada penghujung bulan lepas.
"Saya mahu bersara di sini. Saya berharap sangat perkara ini akan berlaku. Membuat sebarang ramalan tidak akan membuahkan hasil".
Beberapa orang menyarankan Mutu untuk bersara lebih awal setelah menerima hukuman tidak boleh bermain untuk tempoh yang lama walaupun dia menafikan itu bukan idea yang dia hendak lakukan.
"Larangan sembilan bulan dan bermasalah dengan Chelsea tetapi saya tak pernah berfikir untuk berhenti," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment