Saturday, December 4, 2010

Villa Mahu Tambah Peledak

Penyerang West Ham dalam radar Houllier.


Aston Villa berminat mendapatkan penyerang West Ham, Frederic Piquionne dan mahu beliau berpasangan dengan penyerang Tottenham,  Robbie Keane dalam serangan berwajah baru.

Pemain Norway, John Carew telah dipinggirkan di Villa Park dan pengurus  Gerard Houllier bimbang mengenai tahap kecergasan jangka masa panjang Emile Heskey.

Pengurus Perancis itu juga mahu pemain berpengalaman bergandingan dengan pemain muda berbakat pasukan, Gabriel Agbonlahor dan Ashley Young dan dalam masa yang sama mahukan pemain yang lebih lincah dan fleksibel dalam opsyennya.

Houllier memang mengenali Piquionne dari karier pemain berusia 31 tahun itu di Lyon dan Monaco dan tertarik dengan cara pemain ini menyesuaikan diri dalam bola sepak Inggeris bersama Portsmouth dan kini di West Ham.

Kelab London tersebut kini mengalami masalah kekurangan tunai dan akan lebih cenderung menjual Carlton Cole jika ada pihak yang bersedia memberikan £10 juta seperti yang mereka tawarkan namun ia pasti tidak akan dipenuhi dan tawaran £4.5 juta untuk Piquionne mungkin menjadi sumber perolehan paling cepat yang boleh mereka terima.

No comments:

Post a Comment