Friday, November 12, 2010

Blanc Tergoda Akan "BOS" Di Bekas Kelabnya

Blanc berminat dengan United.


Ketua jurulatih Perancis Laurent Blanc mengesahkan beliau berminat menggantikan Sir Alex Ferguson sebagai pengurus Manchester United.
Bekas pemain Perancis berusia 44 tahun itu beraksi selama dua tahun di Old Trafford sehingga tahun  2003 sebelum bersara selepas karier permainan yang cemerlang.
Blanc kini menguruskan pasukan Perancis selepas meninggalkan Bordeaux pada musim panas untuk menggantikan Raymond Domenech berikutan pencapaian buruk negaranya di Piala Dunia di Afrika Selatan.
Bekas pemain Barcelona, Marseille dan Inter Milan ini adalah antara calon utama menggantikan Ferguson yang akan bersara kelak dan beliau sendiri tidak menolak untuk menjadi pengganti.
"Saya mungkin berminat," kata Blanc.
"Saya memang amat berminat tapi sukar untuk beliau mencari pengganti. Beliau telah berkhidmat selama 24 tahun.
"Apa pun, saya tidak berapa kisah dengan projek tersebut setakat ini. Saya ada cabaran lain!"

No comments:

Post a Comment