Friday, December 10, 2010

Norfarhan Bagi Alasan


NOR FARHAN (kiri) bakal menyarung jersi T-Team musim depan.



"SAYA berhijrah bukannya untuk mencari wang lebih, sebaliknya untuk memberikan tumpuan pada keluarga selepas isteri saya mendapat kerja di Terengganu."
Demikian luahan ikhlas bekas pemain sayap pasukan The Red Warriors, Nor Farhan Muhammad yang menjelaskan mengenai keputusannya meninggalkan juara Piala Malaysia itu.
Menurut beliau, hasrat berkenaan telah dimaklumkan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) lebih awal tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.
"Untuk pengetahuan semua, saya tidak mendapat tawaran yang lumayan daripada T-Team seperti mana yang dikatakan oleh banyak pihak sebelum ini.
"Saya terkilan dan sedih juga dengan kenyataan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa yang menyatakan saya melompat untuk mencari gaji yang lebih lumayan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tambahnya, sebelum ini tiada sebarang perbincangan di antara pemain dengan Annuar.
"Sedar-sedar beliau (Tan Sri Annuar) hendak bagi RM16,000 kepada saya dan ucapkan terima kasih kerana tawaran itu.
"Di T-Team, saya tidak mendapat sebanyak itu. Kerana keluarga, saya terpaksa berkorban," ujarnya.
Dalam pada itu, Nor Farhan memberitahu, isu itu sebenarnya tidak lagi berbangkit kerana sebelum berhijrah, beliau telah merujuk perkara tersebut kepada FAM terlebih dahulu.
"Saya sudah merujuk surat tawaran yang diberi oleh Annuar kepada FAM dan mendapat pengesahan daripada FAM bahawa surat tawaran itu tidak boleh diterima pakai oleh pemain kerana kandungannya tidak lengkap

No comments:

Post a Comment