Sunday, November 21, 2010

United Sediakan Pengganti Van der Sar

Anders Lindegaard sedia untuk Utd.

Rancangan Alex Ferguson untuk mendapatkan penjaga gol Denmark, Anders Lindegaard pada jendela perpindahan Januari ini terdedah – tanpa sengaja!

Bos Manchester United itu memantau Lindegaard, 26, sejak Julai lepas dan hampir bersetuju dengan perjanjian bersama kelab Lindegaard, Aalesunds.

Dan dalam satu kejutan pada malam Rabu lepas, laman web rasmi  Aalesunds tanpa sengaha mengumumkan ia telah disempurnakan. Namun tidak lama kemudian ia dipadam.

Lindegaard dijangka akan berbincang tentang terma peribadi sebelum menjalani pemeriksaan perubatan di Manchester hujung bulan ini.

Dengan penjaga gol United No1 sekarang, Edwin van der Sar dijangka bersara pada hujung musim ini,  Ferguson sibuk mencari pengganti.

Beliau telah dikaitkan dengan penjaga gol Atletico Madrid dan Sepanyol Bawah-21, David de Gea. Bagaimanapun, Lindegaard dilihat sebagai pilihan yang lebih berpengalaman dan murah.

Beliau memiliki empat cap untuk Denmark dan mengekalkan catatan tanpa bolos ketika mereka seri tanpa jaringan dengan Republik Czech di perlawanan persahabatan malam Rabu lepas

No comments:

Post a Comment