Monday, November 8, 2010

Carroll Hargai Peranan Nolan Dan Keluarga

Carrol mengucapkan terima kasih kepada Nolan di atas bantuannya.


Penyerang Newcastle, Andy Carroll memberi penghormatan kepada Kevin Nolan dan keluarganya kerana telah membantu dirinya menjalani perkara yang paling sukar dalam hidupnya.
 
Pemain Magpies memakai nombor sembilan itu percaya segala trauma yang dialaminya di luar padang beberapa bulan yang lalu telah berakhir dan membuat dirinya semakin kuat.
 
Carroll terdesak untuk menyelesaikan segala masalah di luar padang selepas beberapa kejadian yang berlaku.
 
Kereta baru Range Rover milik pemain berusia 21 tahun itu telah disuluh di hadapan rumah kapten United, Kevin Nolan.
 
Bulan lalu, Carroll dilegakan dengan perbicaraan kes mahkamah yang berlarutan mengenai kejadian yang berlaku di kelab malam.
 
Sekarang pemain England itu berkata, dia gembira boleh menumpukan semula bagi melakukan yang terbaik kepada pasukan belang hitam putih itu dan telah menyumbang 5 gol serta membantu mencipta 3 peluang gol untuk rakan sepasukannya.
 
Dia memberitahu, "Saya sudah melupakan semuanya dan menumpukan semula perhatian di atas padang."
 
"Nobby dan isterinya telah banyak menolong saya. Mereka berikan tempat tinggal dan menjaga saya dengan baik."
 
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka, Kev sentiasa di samping saya, tidak kira di rumah atau di mana saja."
 
"Saya tak mahu lagi menjadi tumpuan di muka surat depan. Apa yang pasti, saya hanya mahu bermain bola sepak."

No comments:

Post a Comment